Kefahaman dan pengaplikasian konsep asid-bes dalam kehidupan harian di kalangan pelajar tingkatan empat sains Johor Bahru

Kurikulum Kimia KBSM di sekolah menengah Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia, bagi mempertingkatkan pemahaman terhadap konsep asas di samping dapat mengaplikasikan konsep (sains) yang dipelajari di bilik darjah dalam kehidupan harian. Pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Cheng Theng
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6454/1/TanChengThengMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum Kimia KBSM di sekolah menengah Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia, bagi mempertingkatkan pemahaman terhadap konsep asas di samping dapat mengaplikasikan konsep (sains) yang dipelajari di bilik darjah dalam kehidupan harian. Pembelajaran kontekstual merupakan salah satu pendekatan yang ditekankan dalam kurikulum kimia yang disemak semula di mana pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan fenomena persekitarannya. Justeru dalam pembelajaran kimia, pemahaman terhadap konsep merupakan satu aspek yang paling penting bagi memastikan pembelajaran yang bermakna. Malangnya, banyak kajian menunjukkan ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari ke dalam kehidupan harian. Antara konsep asas yang sering menimbulkan masalah di kalangan pelajar ialah konsep asid-bes. Sehubungan itu, kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian telah dijalankan. Kajian kuantitatif ini dijalankan melalui pendekatan deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, dipilih. Kaedah persampelan rawak mudah dan rawak kelompok telah dilibatkan dalam kajian. Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’ (AKABKH). Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai) serta statistik inferensi (analisis korelasi Pearson dan ujian-t). Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep asid-bes dalam kehidupan harian di kalangan pelajar masing-masing adalah sederhana dan lemah. Pelajar didapati cenderung memberi respon yang kurang tepat dengan salah mentafsir konsep yang dipelajari sehingga wujudnya miskonsepsi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi yang sederhana antara tahap kefahaman dan pengaplikasian konsep asid-bes di kalangan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kefahaman dan tahap pengaplikasian konsep asid-bes antara pelajar Melayu dan Cina. Beberapa implikasi daripada hasil kajian terhadap kefahaman dan pengaplikasian konsep asid-bes di kalangan pelajar diberikan berserta dengan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan dikemukakan.