Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Sampel kajian terdiri daripada 202 orang pelajar dari tingkatan dua dan empat. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan semakan buku kedatangan kelas dan buku...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: How, Lee Chan
格式: Thesis
語言:English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/6457/1/HowLeeChanMFP2007.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Sampel kajian terdiri daripada 202 orang pelajar dari tingkatan dua dan empat. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan semakan buku kedatangan kelas dan buku pencegahan ponteng. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science versi 14.0. Dua statistik digunakan iaitu statistik deskriptif termasuk frequensi, peratusan dan min bagi menjawab persoalan kajian dan statistik inferensi iaitu ujian-t dan Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian. Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi intrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.912. Keputusan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara gejala ponteng dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat dan ponteng kelas berdasarkan jantina. Tetapi terdapatnya perbezaan yang signifikan antara ponteng sekolah dengan jantina di kalangan pelajar. Tahap faktor gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana .