Penghasilan modul pembelajaran berasaskan teori beban kognitif untuk subjek teknologi maklumat dan komunikasi

Kajian pendidikan ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran komputer berdasarkan Teori Beban Kognitif (Sweller, 1998) bagi kegunaan pelajar Tingkatan Lima. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek menghadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sow, Lee Sun
格式: Thesis
語言:English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/6460/1/SowLeeSunMFP2007.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian pendidikan ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran komputer berdasarkan Teori Beban Kognitif (Sweller, 1998) bagi kegunaan pelajar Tingkatan Lima. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa ingatan jangka pendek menghadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu. Jika bilangan elemen yang perlu ditafsirkan oleh ingatan jangka pendek pada satu satu masa telah melebihi had maka beban kognitif dikatakan wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, modul yang dibina perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Teori Beban Kognitif bagi menghasilkan reka bentuk modul yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pemerhatian daripada rakaman video yang merakamkan respon pelajar semasa menggunakan modul asal dan modul Teori Beban Kognitif serta data daripada temu bual. Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Daripada analisis data, didapati bahawa pelajar yang menggunakan modul gubahan semasa kajian dapat melaksanakan proses format komputer instal perisian dengan lancar dan jarang menghadapi masalah manakala pelajar yang menggunakan modul asal pula sentiasa menghadapi masalah dan kekeliruan sepanjang proses itu. Didapati juga bahawa pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berlainan dapat menggunakan modul gubahan yang direka berdasarkan Teori Beban Kognitif dengan baik dan menunjukkan penguasaan jangka masa yang lebih singkat daripada pelajar yang menggunakan modul asal. Ini dapat dilihat daripada masa yang digunakan untuk proses format komputer adalah lebih kurang sama bagi kedua-dua kumpulan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah ketika menggunakan modul berdasarkan Teori Beban Kognitif.