Kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah
Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi terhadap efikasi kendiri dalam memainkan peranan kepemimpinan pengajaran pengetua di sekolah selaras dengan pengaruhnya terhadap pencapaian sekolah. Dua instumen secara tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini; pertama, “Principa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6462/1/AndiAudryanahMFP2007.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi terhadap efikasi kendiri dalam memainkan peranan kepemimpinan pengajaran pengetua di sekolah selaras dengan pengaruhnya terhadap pencapaian sekolah. Dua instumen secara tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini; pertama, “Principal Instruction Management Rating Scale� (PIMRS) dan kedua, “Principals’ Sense of Efficacy Scale� (PSES). Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach ialah masing-masing 0.99 dan 0.98. Seramai 276 orang guru telah dipilih untuk kajian ini. Kesemua borang soal selidik lengkap telah dipulangkan yang didapati amat berguna dan boleh dikemukakan untuk analisis statistik dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science� (SPSS), versi 13.0. Persepsi guruguru terhadap pengetua-pengetua mereka menunjukkan tahap efikasi kendiri yang tinggi selari dengan memberikan penekanan yang kuat terhadap kepemimpinan pengajaran dalam melaksanakan fungsi kepengetuaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru-guru lelaki terhadap kepemimpinan pengajaran pengetua adalah lebih tinggi berbanding guru-guru perempuan. Walau bagaimanapun, persepsi guruguru terhadap efikasi kendiri yang ditunjukkan oleh pengetua-pengetua mereka adalah lebih kurang sama. Keputusan ujian-t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri di antara pengetua lelaki dan perempuan di mana kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua perempuan adalah lebih tinggi. Kedua-dua pemboleh ubah, kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri, menunjukkan hubungan positif yang rendah dengan pencapaian sekolah. Walaupun demikian, apabila diadakan korelasi antara satu sama lain, kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri mempunyai hubung kait yang sangat kuat iaitu r = 0.83. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan. |
---|