Pengaruh aspek kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia dalam daerah Pontian, Johor

Prestasi kerja pembantu rumah amat diragu-ragukan oleh para majikan semasa pengambilan pembantu rumah warga asing. Antaranya kes yang sering terjadi seperti kes lari dari rumah, penderaan anak tuan rumah, pembunuhan dan kecurian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi maji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Pek Lian
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6528/1/ChinPekLianMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Prestasi kerja pembantu rumah amat diragu-ragukan oleh para majikan semasa pengambilan pembantu rumah warga asing. Antaranya kes yang sering terjadi seperti kes lari dari rumah, penderaan anak tuan rumah, pembunuhan dan kecurian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi majikan mengenai aspek-aspek kebajikan pembantu rumah mengikut keutamaan, prestasi kerja pembantu rumah serta meninjau pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk kajian kes yang bersifat kuantitatif. Satu set borang soal selidik yang terdiri daripada 50 item diedarkan kepada 50 majikan pembantu rumah warga Indonesia disekitar daerah Pontian secara rawak. Item soal selidik ini telah menguji keboleh percayaannya dengan mengadakan kajian rintis dan indek keboleh percayaannya adalah 0.8835. Data-data yang diperolehi di analisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for SocialScience (SPSS) 15.0 For Windows. Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek kebajikan yang dikaji dipersepsikan sebagai penting oleh majikan kepada pembantu rumah warga Indonesia. Aspek pemakanan dipersepsikan sebagai aspek yang terpenting. Ini diikuti oleh kemudahan perubatan, bebanan kerja, hak kebebasan, gaji dan masa bekerja. Prestasi kerja pembantu rumah didapati berada pada tahap sederhana mengikut persepsi majikan. Melalui dapatan ini, aspek-aspek kebajikan juga didapati mempengaruhi prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Maka, hipotesis kajian alternatif yang dibina adalah diterima. Akhir sekali, pengkaji telah mencadangkan beberapa tindakan dan kajian lanjutan yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.