Personaliti pelajar tingkatan dua dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara personaliti pelajar tingkatan dua dengan pencapaian akademik mereka. Seramai 300 orang sampel kajian telah dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yong, Chooi Yean
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6558/2/YongChooiYeanMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara personaliti pelajar tingkatan dua dengan pencapaian akademik mereka. Seramai 300 orang sampel kajian telah dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 160 item. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan dua di daerah Batu Pahat mempunyai trait-trait agresif, autonomi, bergantung, ketahanan, kritik diri, menolong, struktur dan pencapaian pada tahap yang tinggi. Pelajar-pelajar ini mempunyai trait-trait analitikal, ekstrovert, intelektual, introvert, kepelbagaian, mengawal dan sokongan pada tahap yang sederhana. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara trait analitikal dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar ini (r=.528). Analisis Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi amat rendah di antara trait-trait intelektual (r=.291), kepelbagaian (r=.166), mengawal (r=.171) dan pencapaian (r=.103) dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar ini. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.