Kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di daerah Kluang

Penyelidikan kuantitatif ini bertujuan melihat kaitan kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Bagi mengukur kepimpinan kerja berpasukan, soal selidik Teamwork KSA (Stevens, 1993) yang telah digunakan oleh Shamsuddin (2002)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tay, Siok Beng
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6565/1/TaySiokBengMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan kuantitatif ini bertujuan melihat kaitan kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Bagi mengukur kepimpinan kerja berpasukan, soal selidik Teamwork KSA (Stevens, 1993) yang telah digunakan oleh Shamsuddin (2002) dan telah diubahsuaikan serta Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1966) telah digunakan. Kajian rintis melibatkan 25 orang ketua panitia di SMK Canossian Convent, Kluang, Johor telah dijalankan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Seramai 300 responden dari 20 buah sekolah menengah di daerah Kluang yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kepimpimpinan kerja berpasukan pengetua berada pada tahap sederhana tinggi. Daripada kelima-lima ciri kepimpinan kerja berpasukan, ciri komunikasi adalah tertinggi, nilai min 3.72. Diikuti oleh ciri penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, nilai min 3.70, penyelesaian masalah secara kolaberatif (3.60), penyelesaian konflik (3.45) dan perancangan dan penyelarasan tugas (3.39). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia.