Pembinaan Tutorial Menggunakan Perisian Bergrafik Interaktif KmPlot

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan tutorial perisian bergrafik interaktif KmPlot dengan berteraskan teori pembelajaran penemuan. Kajian yang lepas banyak menunjukkan bahawa penggunaan teknologi komputer memberikan banyak kelebihan kepada pelajar antaranya meningkatkan pencapaian pelajar dan men...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Edros, Siti Nuradibah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/6580/1/SitiNurAdibahMFP2007.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Projek ini bertujuan untuk menghasilkan tutorial perisian bergrafik interaktif KmPlot dengan berteraskan teori pembelajaran penemuan. Kajian yang lepas banyak menunjukkan bahawa penggunaan teknologi komputer memberikan banyak kelebihan kepada pelajar antaranya meningkatkan pencapaian pelajar dan menambah minat pelajar terhadap matematik. Tutorial yang dibangunkan untuk dilaksanakan dalam makmal komputer yang dilengkapi dengan sistem pengoperasian Linux. Dengan adanya tutorial ini sekali gus dapat menambahkan penggunaan perisian sumber terbuka, kerana perisian ini adalah percuma. Untuk memastikan tutorial yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri teori pembelajaran penemuan, setiap aktiviti di dalam tutorial dirancang supaya pelajar dapat bergiat dalam pelbagai operasi kognitif. Umumnya tutorial ini difokuskan kepada pelajar menengah atas. Topik yang dipilih di dalam tutorial ialah graf fungsi linear, fungsi kuadratik, fungsi kubik, fungsi salingan, persamaan serentak dan pembezaan. Sebagai tambahan, tutorial ini dimuatkan aktiviti graf fungsi parametrik dan graf fungsi polar. Pada setiap aktiviti mempunyai latihan untuk memperkukuhkan kefahaman pelajar. Manakala bagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah, pelajar dijangka dapat menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya meneroka untuk mendalami masalah dengan bantuan perisian KmPlot. Oleh itu diharap pembinaan tutorial perisian bergrafik interaktif KmPlot ini dapat memberikan output yang baik kepada guru dan pelajar kerana perisian ini juga mempunyai fungsi yang baik dan setanding dengan perisian komersial lain yang terdapat di pasaran.