Kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan hubungannya dengan sikap terhadap e-pembelajaran

E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. UTM mula melaksanakan e-pembelajaran yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jant...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Su, Lih Teng
格式: Thesis
語言:English
出版: 2007
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/6587/1/SuLihTengMFP2007.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. UTM mula melaksanakan e-pembelajaran yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran pada sikap terhadap e-pembelajaran di UTM. Soal selidik telah diedarkan kepada 327 orang pelajar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Data latar belakang pelajar dari segi jantina, aliran kursus yang diikuti, kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM, tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar dan tahap sikap pelajar terhadap e-pembelajaran telah dikutip. Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran dibahagi kepada empat bahagian iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk mendapatkan faktor sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan terhadap korelasi sederhana antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.Tiada perbezaan signifikan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada . Tiada perbezaan signifikan kegusaran terhadap e-pembelajaran (p=0.378) dan kesukaan terhadap e-pembelajaran (0.489) di antara aliran kursus yang berlainan. Didapati pelajar aliran sastera mempunyai keyakinan (p=0.046) dan persepsi faedah (p=0.029) yang lebih positif daripada pelajar aliran kejuruteraan. Selain itu, terdapat hubungan positif antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dalam menceburi e-pembelajaran supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang positif.