Tahap penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru kejuruteraan di sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru mata pelajaran kejuruteraan di sepuluh buah sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Seramai 128 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah men...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6588/1/AzamAwangMFP2007.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru mata pelajaran kejuruteraan di sepuluh buah sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Seramai 128 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik dan borang pemerhatian. Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science SPSS versi 11.5 dan dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif iaitu peratusan dan min dan statistik inferens iaitu ANOVA sehala. Selain itu, kajian juga ingin melihat perbezaan penerapan kemahiran generik antara responden mengikut pengkhususan dan pengalaman mengajar guru. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan kemahiran generik guru kejuruteraan adalah ditahap tinggi. Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan lagi tahap penerapan kemahiran generik di sekolah menengah teknik. Disamping itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjut dilakukan dengan menggunakan pendekatan atau kaedah pengumpulan data yang berbeza. |
---|