Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia

Pembangunan lestari merupakan konsep pembangunan yang dipelopori 15 tahun lalu. Konsep ini menjadi semakin penting kerana pihak berkepentingan dalam industri pembinaan mula menyedari kesan bangunan ke atas peningkatan krisis alam sekitar serta sumbangannya kepada perubahan iklim. Untuk menangani kri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lokman, Muhamad Amir Afiq
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/98150/1/MuhamadAmirAfiqPFABU2019.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-utm-ep.98150
record_format uketd_dc
spelling my-utm-ep.981502022-11-14T10:25:01Z Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia 2019 Lokman, Muhamad Amir Afiq TH Building construction Pembangunan lestari merupakan konsep pembangunan yang dipelopori 15 tahun lalu. Konsep ini menjadi semakin penting kerana pihak berkepentingan dalam industri pembinaan mula menyedari kesan bangunan ke atas peningkatan krisis alam sekitar serta sumbangannya kepada perubahan iklim. Untuk menangani krisis ini, konsep bangunan hijau diperkenalkan sebagai alternatif kepada pembinaan bangunan sedia ada. Bangunan hijau merupakan bangunan cekap sumber dengan kesan alam sekitar yang minimum dan dianggap baru dalam industri pembinaan. Oleh itu, pengurus projek yang kompeten adalah penting untuk menentukan kejayaan pembinaan bangunan hijau. Walau bagaimanapun, di Malaysia, terdapat jurang yang besar antara prestasi bangunan hijau di peringkat perancangan dengan prestasinya ketika siap dibina dan bersedia untuk beroperasi. Ini bermakna, bangunan hijau ini tidak dapat menangani isu kelestarian kerana bangunan-bangunan setelah siap tidak mencapai objektif pembinaannya. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa pengurus projek yang dilantik tidak mempunyai ilmu dan kemahiran sebenar mengenai pembinaan hijau. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menentukan kompetensi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia dan untuk mengkaji hubungan antara kompetensi pengurus projek bangunan hijau dan Indeks Bangunan Hijau di Malaysia dalam memastikan pembinaan bangunan hijau berjaya. Kajian ini menggunakan dua kaedah yang terdiri daripada temubual dengan pakar bidang dan kaedah tinjauan di mana soal selidik diedarkan kepada 167 pengurus projek bangunan hijau yang telah disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan, kekerapan dan Mean Rank serta SEM-PLS. Dapatan akhir kajian menunjukkan bahawa pengurus projek yang kompeten perlu memiliki 4 kompetensi iaitu pengetahuan tradisional, pengetahuan bangunan hijau, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konsepsual. Setiap kompetensi ini mempunyai sub-kompetensi masing-masing termasuk perancangan dan penjadualan, pengurusan kos, pengurusan risiko, pengurusan kesihatan dan keselamatan, pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan bahan binaan hijau, pembinaan lestari, kecekapan air, pengetahuan alam sekitar, piawaian lestari, sasaran/objektif lestari, reka bentuk hijau/lestari, strategi hijau, keperluan hijau, mahir dengan produk lestari dan pasarannya, kerjasama, membuat keputusan, tingkah laku manusia, perancangan proaktif dan visualisasi. Kompetensi dan sub-kompetensi ini diperlukan bagi memastikan kejayaan pembinaan bangunan hijau di Malaysia. Dapatan kajian ini boleh dilihat sebagai sumbangan baru kepada bidang pengetahuan tentang kelestarian dengan menjadi asas dan rujukan kepada pihak akademik dan industri dalam memastikan industri pembinaan bangunan hijau kekal relevan dan mencapai pembangunan lestari. 2019 Thesis http://eprints.utm.my/id/eprint/98150/ http://eprints.utm.my/id/eprint/98150/1/MuhamadAmirAfiqPFABU2019.pdf application/pdf en public http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:144020 phd doctoral Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying Faculty of Built Environment & Surveying
institution Universiti Teknologi Malaysia
collection UTM Institutional Repository
language English
topic TH Building construction
spellingShingle TH Building construction
Lokman, Muhamad Amir Afiq
Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
description Pembangunan lestari merupakan konsep pembangunan yang dipelopori 15 tahun lalu. Konsep ini menjadi semakin penting kerana pihak berkepentingan dalam industri pembinaan mula menyedari kesan bangunan ke atas peningkatan krisis alam sekitar serta sumbangannya kepada perubahan iklim. Untuk menangani krisis ini, konsep bangunan hijau diperkenalkan sebagai alternatif kepada pembinaan bangunan sedia ada. Bangunan hijau merupakan bangunan cekap sumber dengan kesan alam sekitar yang minimum dan dianggap baru dalam industri pembinaan. Oleh itu, pengurus projek yang kompeten adalah penting untuk menentukan kejayaan pembinaan bangunan hijau. Walau bagaimanapun, di Malaysia, terdapat jurang yang besar antara prestasi bangunan hijau di peringkat perancangan dengan prestasinya ketika siap dibina dan bersedia untuk beroperasi. Ini bermakna, bangunan hijau ini tidak dapat menangani isu kelestarian kerana bangunan-bangunan setelah siap tidak mencapai objektif pembinaannya. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa pengurus projek yang dilantik tidak mempunyai ilmu dan kemahiran sebenar mengenai pembinaan hijau. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menentukan kompetensi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia dan untuk mengkaji hubungan antara kompetensi pengurus projek bangunan hijau dan Indeks Bangunan Hijau di Malaysia dalam memastikan pembinaan bangunan hijau berjaya. Kajian ini menggunakan dua kaedah yang terdiri daripada temubual dengan pakar bidang dan kaedah tinjauan di mana soal selidik diedarkan kepada 167 pengurus projek bangunan hijau yang telah disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan, kekerapan dan Mean Rank serta SEM-PLS. Dapatan akhir kajian menunjukkan bahawa pengurus projek yang kompeten perlu memiliki 4 kompetensi iaitu pengetahuan tradisional, pengetahuan bangunan hijau, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konsepsual. Setiap kompetensi ini mempunyai sub-kompetensi masing-masing termasuk perancangan dan penjadualan, pengurusan kos, pengurusan risiko, pengurusan kesihatan dan keselamatan, pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan bahan binaan hijau, pembinaan lestari, kecekapan air, pengetahuan alam sekitar, piawaian lestari, sasaran/objektif lestari, reka bentuk hijau/lestari, strategi hijau, keperluan hijau, mahir dengan produk lestari dan pasarannya, kerjasama, membuat keputusan, tingkah laku manusia, perancangan proaktif dan visualisasi. Kompetensi dan sub-kompetensi ini diperlukan bagi memastikan kejayaan pembinaan bangunan hijau di Malaysia. Dapatan kajian ini boleh dilihat sebagai sumbangan baru kepada bidang pengetahuan tentang kelestarian dengan menjadi asas dan rujukan kepada pihak akademik dan industri dalam memastikan industri pembinaan bangunan hijau kekal relevan dan mencapai pembangunan lestari.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Lokman, Muhamad Amir Afiq
author_facet Lokman, Muhamad Amir Afiq
author_sort Lokman, Muhamad Amir Afiq
title Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
title_short Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
title_full Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
title_fullStr Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
title_full_unstemmed Model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di Malaysia
title_sort model berstruktur kompetensi bagi pengurus projek bangunan hijau di malaysia
granting_institution Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying
granting_department Faculty of Built Environment & Surveying
publishDate 2019
url http://eprints.utm.my/id/eprint/98150/1/MuhamadAmirAfiqPFABU2019.pdf
_version_ 1776100555691655168