Faktor kejayaan kritikal firma pelancongan kecil berasaskan penginapan di Pulau Langkawi, Kedah

Para sarjana dalam bidang pelancongan telah menerima Firma Pelancongan Kecil (STFs) sebagai salah satu ciri utama pembangunan pelancongan. Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan terhadap keupayaan STFs untuk bersaing dan mengekalkan kedudukan mereka khususnya di kawasan yang menerima pembangunan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Hussain, Muhammad Hakimi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/98154/1/MuhammadHakimiMohdPFABU2020.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Para sarjana dalam bidang pelancongan telah menerima Firma Pelancongan Kecil (STFs) sebagai salah satu ciri utama pembangunan pelancongan. Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan terhadap keupayaan STFs untuk bersaing dan mengekalkan kedudukan mereka khususnya di kawasan yang menerima pembangunan pelancongan yang pesat. STFs sedia ada yang berusia melebihi 30 tahun di destinasi tersebut masih berupaya beroperasi dan mempunyai pengaruh besar terhadap pembangunan pelancongan. Walaupun begitu, pelbagai isu terhadap kemampuan bersaing STFs tidak difahami sepenuhnya terutama dalam aspek kewangan yang menjadi nadi terhadap kewujudan STFs. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan STFs. Ini termasuk ciri-ciri pengusaha dan firma, faktor penubuhan dan pertumbuhan firma serta aspek kewangan dan pengurusan kewangan firma. Pulau Langkawi dipilih sebagai kajian kes kerana ia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pertumbuhan penginapan antara tertinggi di Malaysia : Langkawi mewakili 76% dan 5% daripada jumlah keseluruhan penginapan di Negeri Kedah dan Malaysia. Temu bual terperinci semi-struktur secara bersemuka dijalankan ke atas 21 informan utama yang mewakili 16 STFs yang dikenal pasti sebagai antara firma terawal yang beroperasi sejak tahun 1983. Analisis tematik dijalankan dengan perisian kualitatif Atlas.Ti. Dapatan kajian mengenal pasti empat tema utama yang merangkumi aspek ciri-ciri pengusaha dan firma, faktor penubuhan, faktor pertumbuhan serta faktor kewangan dan pengurusan kewangan firma. Dapatan juga menunjukkan bahawa pembiayaan alternatif merupakan sumber modal utama kepada STFs dalam mengembangkan perniagaan mereka. Pembiayaan altenatif juga didapati sebagai pendekatan yang tepat untuk STFs untuk mengekalkan daya saing mereka dalam perniagaan berbanding dengan pembiayaan konvensional yang dianggap tidak fleksibel terhadap isu pemilikan tanah dan pegangan perniagaan yang dihadapi STFs. Kajian ini telah membangunkan satu rangka kerja modal kewangan dan pertumbuhan STFs. Hasil kajian ini memberi sudut pandangan berlainan yang meliputi aspek modal kewangan bagi melihat faktor kejayaan kritikal STFs. Kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan seperti institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam merangka inisiatif dan program yang lebih baik untuk pembangunan STFs, dengan itu menyumbang kepada persekitaran urus tadbir yang cekap dalam mewujudkan pembangunan pelancongan yang mampan.