Tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti di JPPH dan mengenalpasti aspek pengurusan fasiliti yang perlu diberi keutamaan berdasarkan tahap kesedaran. Pengetahuan terhadap pengurusan fasiliti di jabatan/ agensi kerajaan adalah sangat penting bagi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Juwahir, Paridah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2020
主题:
在线阅读:http://eprints.utm.my/id/eprint/98267/1/ParidahJuwahirMFABU2020.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti di JPPH dan mengenalpasti aspek pengurusan fasiliti yang perlu diberi keutamaan berdasarkan tahap kesedaran. Pengetahuan terhadap pengurusan fasiliti di jabatan/ agensi kerajaan adalah sangat penting bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat ekoran ketidakcekapan dalam mengurus dan menyenggara aset dan fasiliti. Halangan utama bagi melaksanakan Pengurusan Fasiliti di organisasi kerajaan adalah berpunca dari kurangnya kesedaran dikalangan warga/ penjawat awam untuk berubah dari cara kerja lapok iaitu masih menjalankan penyelenggaraan mengikut kaedah lama dan tiada perancangan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti dikalangan penjawat awam JPPH. Penulis menggunakan kaedah kuantitatif untuk mencapai objektif kajian. Data sekunder dikumpul dari kajian literatur yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan tahap kesedaran berkenaan pengurusan asset dan fasiliti. Kajian literatur ini digunakan sebagai bahan rujukan utama membentuk soalan kajian dan seterusnya untuk mencapai objektif kajian. Jumlah minimum responden bagi kajian ini adalah sekurang-kurangnya 100. Analisis frekuensi digunakan untuk menganalisis profil responden manakala Skala Likert digunakan untuk mengukur tahap kesedaran dan aspek pengurusan fasiliti yang paling utama. Dapatan dari kajian menunjukkan warga JPPH telah mempunyai kesedaran terhadap keperluan pengurusan fasiliti, walaubagaimanapun ia perlu ditingkatkan lagi. Aspek pengurusan fasiliti yang perlu diutamakan oleh JPPH dalam meningkatkan amalan pengurusan fasiliti adalah menguruskan sewajarnya sumber yang ada dengan lebih cekap dan berkesan.