Pengaruh media massa, rakan sebaya dan teknologi terhadap tingkah laku pornografi dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Ketagihan pornografi dalam kalangan remaja atau pelajar telah menjadi isu yang serius dikebanyakan negara termasuk Malaysia kerana banyak memberi implikasi negatif kepada kehidupan seluruh masyarakat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tingkah laku pornografi dalam kalangan pelajar se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norman, Muhammad Amirul Ashraaf
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/98356/1/MuhammadAmirulAshraafNormanMRZK2020.pdf.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketagihan pornografi dalam kalangan remaja atau pelajar telah menjadi isu yang serius dikebanyakan negara termasuk Malaysia kerana banyak memberi implikasi negatif kepada kehidupan seluruh masyarakat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tingkah laku pornografi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Untuk mencapai tujuan ini, penyelidikan ini bertujuan untuk memenuhi objektif berikut iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepadai tingkah laku pornografi dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan hubungan antara pelaksanaan ibadah mereka dengan tingkah laku pornografi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data kuantitatif daripada 384 orang pelajar sekolah menengah sebagai responden kajian. Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 responden dan Model Rasch digunakan untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item dalam instrumen sebelum pengumpulan data sebenar dijalankan. Analisis Faktor Pengesahan (CFA) juga digunakan untuk mengesahkan item soal selidik bagi setiap konstruk. Untuk analisis dapatan sebenar, Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 21 digunakan untuk analisis data demografi responden untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dari segi tingkah laku pornografi antara pelajar dari sekolah berpencapaian tinggi dengan sekolah berpencapaian rendah. Model Persamaan Struktur (SEM) juga digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku pornografi dengan media massa (cr = 6.675) (t>1.96), p = **** (<0.05), rakan sebaya (cr = 6.741) (t>1.96), p = **** (<0.05) dan teknologi (cr = 9.111) (t>1.96), p = **** (<0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan ibadah dengan tingkah laku pornografi (cr = 1.068) (t>1.96), p = 0.285). Selanjutnya ujian-t turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek tingkah laku pornografi antara responden dari sekolah berpencapaian tinggi dan sekolah berpencapaian rendah. Sebagai kesimpulan, dapatan kajian ini berupaya memberi penambahbaikan polisi sedia ada yang melibatkan isu gejala sosial khususnya untuk mencegah tingkah laku pornografi dalam kalangan remaja. Selanjutnya, kajian ini juga mampu memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam mencegah tingkah laku pornografi dalam kalangan remaja di Malaysia.