Kesan pandemik Covid-19 ke atas nilai sewaan harta tanah kediaman
Pandemik Covid-19 menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosio-ekonomi, kesihatan dan krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sektor harta tanah dilihat tidak terkecuali daripada menerima impak akibat daripada pandemik ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/99673/1/NorJulianaMajukiMFABU2022.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandemik Covid-19 menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosio-ekonomi, kesihatan dan krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sektor harta tanah dilihat tidak terkecuali daripada menerima impak akibat daripada pandemik ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesan pandemik Covid-19 terhadap nilai sewaan harta tanah kediaman. Kajian dibuat bagi membuktikan sama ada wujud kesan ke atas nilai sewaan harta tanah kediaman akibat daripada pandemik Covid-19 terutamanya bagi kawasan-kawasan yang terletak berdekatan dengan pintu sempadan negara. Data-data sewaan dipilih daripada skim-skim perumahan terpilih dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Pendekatan kuantitatif dengan dibantu data kualitatif telah digunakan dalam menganalisis data yang dikumpul. Analisis dijalankan ke atas data sewaan dan data transaksi harta tanah kediaman jenis teres dan pangsapuri dalam tempoh 4 tahun bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2021. Ia melibatkan masa 2 tahun 3 bulan sebelum pandemik Covid-19 bermula dan 1 tahun 9 bulan semasa pandemik Covid-19 berlaku. Analisis Kandungan dilakukan ke atas data-data literatur, jurnal-jurnal dan artikel-artikel berkaitan untuk mengenal pasti kesan-kesan yang berlaku ke atas harta tanah kediaman akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda. Data telah dianalisis menggunakan perisian komputer Microsoft Excel iaitu analisis data Independence Sample t-Test dan juga graf. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan ke atas nilai sewaan harta tanah kediaman jenis pangsapuri akibat daripada pandemik Covid-19 yang berlaku dengan hasil keputusan signifikan 2-tailed menunjukkan nilai 0.000 iaitu kurang daripada 0.05. Manakala nilai sewaan harta tanah kediaman jenis teres tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan keputusan signifikan 2-tailed menunjukkan nilai melebihi 0.05. |
---|