Atribut mempengaruhi kadar penghunian bangunan pejabat binaan khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Malaysia mencatatkan pertumbuhan bangunan pejabat binaan khas (PBO) yang begitu menggalakkan. Walau bagaimanapun dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini kewujudan dan pertambahan bangunan pejabat binaan khas yang baru seringkali dikaitkan dengan ketidakpadanan diantara penawaran dan permintaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Rashidah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/99708/1/RashidahAbdulRahmanMFABU2022.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia mencatatkan pertumbuhan bangunan pejabat binaan khas (PBO) yang begitu menggalakkan. Walau bagaimanapun dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini kewujudan dan pertambahan bangunan pejabat binaan khas yang baru seringkali dikaitkan dengan ketidakpadanan diantara penawaran dan permintaan ruang pejabat yang semakin ketara. Penawaran baru bertambah tetapi permintaan adalah pada kadar lemah, dimana kadar penghunian semakin menguncup. Antara salah satu faktor penyumbang kepada kadar penghunian yang semakin menurun adalah dikaitkan dengan peralihan kehendak penghuni yang beralih kepada bangunan pejabat binaan khas yang lebih berkualiti. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah atribut yang boleh mempengaruhi kadar penghunian pejabat binaan khas serta mengkaji hubungan antara atribut yang dikenalpasti tersebut terhadap kadar penghunian pejabat di kawasan Segitiga Emas dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sembilan atribut yang mempengaruhi pejabat binaan khas telah dapat dikenalpasti melalui kajian literatur yang dijalankan. Seterusnya senarai semak bangunan telah dibangunkan untuk mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat atribut PBO yang terletak didalam skop kajian untuk digunakan bagi menganalisa dan mengkaji hubungannya dengan kadar penghunian. Analisis Regresi Berganda yang dijalankan diantara atribut dan kadar penghunian PBO menunjukkan atribut persembahan bangunan mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap kadar penghunian pejabat binaan khas. Hasil yang dibentangkan dalam kertas kerja ini diharapkan dapat menyumbang dan memberi panduan dan rujukan khususnya kepada pemilik bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan serta mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan PBO sebagai satu usaha meningkatkan kadar penghunian, merancang pembangunan dan pemasaran PBO di masa depan.