Pengaruh kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap perilaku keselamatan di Batalion Infantri Tentera Darat

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja dalam pelbagai sektor dari bidang pertanian, industri pembuatan mahupun sektor pembinaan yang mana ri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hj Hasan, Mohd Salman
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10046/1/permission%20to%20use-NOT%20ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/10046/2/s824523_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10046/3/s824523_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja dalam pelbagai sektor dari bidang pertanian, industri pembuatan mahupun sektor pembinaan yang mana risiko-risiko ini menjadi semakin kompleks seperti isu kualiti dan produktiviti kerja yang rendah, imej, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi. Perkara ini tidak terkecuali terhadap organisasi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mana walaupun organisasi ini tidak tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), namun pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan masih diperlukan kerana kejadian-kejadian kecederaan dan kemalangan semasa di tempat kerja masih berlaku. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara faktor kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja dan latihan keselamatan dalam mempengaruhi perilaku selamat di batalion infantri Tentera Darat. Kaedah yang digunakan bagi kajian ini adalah dengan menggunakan kajian kuantitatif dengan melaksanakan kajian berdasarkan dapatan maklumat melalui edaran borang soal selidik yang diedarkan kepada 120 orang responden. Dapatan soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) Versi 26.0. Analisis yang digunakan dalam kajian ini merangkumi Analisis Deskriptif, Analisis Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubung kait yang positif antara kepimpinan keselamatan, penglibatan pekerja dan latihan keselamatan terhadap perilaku selamat di batalion infantri yang dikaji. Oleh itu, perbincangan secara mendalam akan dikupas dalam kajian ini bagi mengetahui punca dan langkah penambah baikan yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap perilaku selamat dalam kalangan warga pasukan tersebut.