Pengetahuan dan sikap guru pendidikan Islam terhadap amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) Sekolah Kebangsaan di Perlis

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). PBD yang mula dilaksana di sekolah pada tahun 2017 menimbulkan isu apabila terdapat perdebatan berhubung pelaksanaan di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk men...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abd Kadir, Salihah
格式: Thesis
语言:eng
eng
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://etd.uum.edu.my/10139/1/s825876_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10139/2/s825876_02.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). PBD yang mula dilaksana di sekolah pada tahun 2017 menimbulkan isu apabila terdapat perdebatan berhubung pelaksanaan di bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh tahap pengetahuan dan sikap terhadap amalan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam (PI). Kajian berbentuk kuantitatif ini melibatkan seramai 217 orang guru PI yang terdiri daripada 48 buah sekolah di Negeri Perlis. Kajian ini yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklumat berhubung tahap pengetahuan, sikap dan amalan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan guru PI berada pada tahap yang tinggi. Manakala sikap guru PI terhadap PBD adalah positif. Kajian ini juga menemukan bahawa terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan tahap amalan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Di samping itu, terdapat juga hubungan yang positif dan signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap terhadap PBD. Dapatan kajian juga mendapati bahawa sikap dan tahap pengetahuan guru PI mempengaruhi tahap amalan PBD secara signifikan. Kajian ini memberikan implikasi kepada amalan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru Pendidikan Islam secara khusus dan kepada semua guru secara umumnya. Dalam memastikan tahap amalan PBD yang baik, pembentukan sikap yang positif serta tahap pengetahuan yang mendalam tentang PBD akan memungkinkan amalan PBD menjadi lebih baik dan berkesan. Justeru, pihak bertanggung jawab seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan serta pihak pengurusan sekolah perlu memberikan perhatian kepada perkara ini mengadakan bengkel-bengkel serta latihan tertentu dari semasa ke semasa demi memastikan pelaksanaan PBD menjadi lebih berkesan dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.