Pendekatan khauf dan raja’ al-Ghazali dalam merawat penyakit gelisah (anxiety disorder)

Secara fitrahnya, kejadian manusia memiliki dua komponen utama iaitu rohani dan jasmani. Komponen kerohanian memerlukan pengisian berbentuk spiritual seperti keagamaan dan aktualisasi diri. Komponen jasmani memerlukan makan, minum, pakaian dan pelbagai perkara yang menyenangkan kehidupan manusia. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Nur Sumaiyah
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10161/1/s825215_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10161/2/s825215_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara fitrahnya, kejadian manusia memiliki dua komponen utama iaitu rohani dan jasmani. Komponen kerohanian memerlukan pengisian berbentuk spiritual seperti keagamaan dan aktualisasi diri. Komponen jasmani memerlukan makan, minum, pakaian dan pelbagai perkara yang menyenangkan kehidupan manusia. Ketidakseimbangan dalam memenuhi keperluan kedua-dua komponen tersebut boleh menyebabkan muncul pelbagai masalah dalam diri manusia seperti kegelisahan, kemurungan, tekanan dan seumpamanya. Kegelisahan merupakan suatu yang normal, malahan ia adalah fitrah kejadian manusia itu sendiri Allah SWT menciptakan manusia dengan tabiat resah dan gelisah. Namun, bukan suatu yang normal jika kegelisahan ini berlanjutan dan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebaliknya, ia merupakan permasalahan pada jiwa iaitu penyakit gelisah (anxiety disorder). Justeru, kajian ini memfokuskan kepada konsep penyakit gelisah menurut Islam; kaedah merawat penyakit ini berdasarkan konsep khauf dan raja’ yang diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali serta kesesuaian mengaplikasikan kedua-dua konsep tersebut dalam masyarakat hari ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif. Data-data diperolehi melalui kajian kepustakaan serta temu bual bersama tiga (3) orang pakar dalam bidang tasawuf dan tiga (3) orang pakar dalam bidang psikologi klinikal. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati, penyakit gelisah menurut Islam adalah sunnatullah terhadap ciptaan manusia yang mempunyai nafsu dan pelbagai kehendak diri yang tidak terbatas. Konsep khauf dan raja’ berperanan dalam membentuk sifat takut kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan menerapkan konsep pengharapan serta kebergantungan terhadap-Nya dalam menangani keperluan nafsu dan pelbagai kehendak diri tersebut. Konsep ‘khauf’ dan ‘raja’ juga telah diaplikasikan oleh informan kajian ini yang terdiri daripada psikiatri dan kaunselor dalam sesi yang dijalankan ke atas klien yang mengalami penyakit gelisah. Walaupun pelbagai jenis rawatan serta ubat-ubatan telah diberikan kepada klien, tetapi di akhir sesi kaunseling mereka akan menerapkan juga nilai-nilai Islam dalam sesi tersebut. Berdasarkan dapatan, proses merawat penyakit gelisah memerlukan kepada kaedah moden dan Islam kerana ia bersifat saling melengkapi. Gabungan kedua-dua kaedah ini diyakini mampu menangani penyakit gelisah yang melanda masyarakat pada hari ini.