Ekspektasi pengadu terhadap keberkesanan Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Perlis

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah organisasi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan di negara ini. Kewibawaan dan komitmen pegawai-pegawai PDRM kini dipersoalkan ekoran terdapat banyak aduan diterima berkaitan ketidakpuasan hati masyarakat terhad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kaneson, Maganathan
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10162/1/permission%20to%20deposit-823671.pdf
https://etd.uum.edu.my/10162/2/s823671_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah organisasi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan di negara ini. Kewibawaan dan komitmen pegawai-pegawai PDRM kini dipersoalkan ekoran terdapat banyak aduan diterima berkaitan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap perkhidmatan kaunter di balai-balai polis. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap penyediaan perkhidmatan kaunter, aduan, pengurusan kaunter dan penyampaian maklumat di Balai Polis Kangar, Perlis, di samping mengenalpasti hubungan antara keberkesanan perkhidmatan kaunter terhadap kepuasan pelanggan. Kajian ini mengaplikasi kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian rintis Cronbach Alpha. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan yang melibatkan 99 orang responden. Hasil kajian mendapati min bagi faktor kepuasan pelanggan menunjukkan bahawa kebanyakan responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter yang disediakan oleh pihak PDRM. Hasil ujian regresi mendapati faktor penyampaian maklumat dan komunikasi, aduan, serta pengurusan kaunter mempunyai kesan positif terhadap kepuasan pelanggan yang berurusan di kaunter Balai Polis Kangar, Perlis. Secara umumnya, masyarakat beranggapan bahawa anggota PDRM telah melaksanakan tanggungjawab yang baik dalam membanteras kegiatan jenayah di negara ini. Justeru, kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan mampu meningkatkan kepercayaan dan kebergantungan masyarakat terhadap badan penguatkuasa seperti PDRM.