Neo radikalisme: Kajian kes Daesh di Malaysia

Daesh merupakan sebuah kumpulan militan pelampau yang telah membawa manifestasi baru dalam dunia moden dengan melakukan siri keganasan di sehingga menggemparkan seluruh masyarakat di seluruh dunia. Mereka ini cenderung menyertai kumpulan militan di Syria dan Iraq atas nama ‘jihad’ dengan melakukan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Ruzailan, Wan Mat Rusoff
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10183/1/permission%20to%20deposit-%20grant%20the%20permission-822076.pdf
https://etd.uum.edu.my/10183/2/s822076_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daesh merupakan sebuah kumpulan militan pelampau yang telah membawa manifestasi baru dalam dunia moden dengan melakukan siri keganasan di sehingga menggemparkan seluruh masyarakat di seluruh dunia. Mereka ini cenderung menyertai kumpulan militan di Syria dan Iraq atas nama ‘jihad’ dengan melakukan perbuatan diluar norma-norma kehidupan seseorang manusia dengan melakukan kezaliman seperti penyembelihan, tembakan hidup-hidup, melemaskan, merogol, menculik, jihad seks dan lain-lain dengan menggunakan nama agama. Pendoktrinan ini muncul dari manifestasi fahaman Salafi Jihadi yang disebarkan menggunakan medium baru melalui teknologi dan aplikasi yang bertebaran di alam maya atau digelar sebagai neo teknologi. Anjakan dari itu kumpulan ini bergerak dengan perisian-perisian yang wujud dengan bergerak secara pantas menyebarkan propaganda-propaganda radikalisme bertujuan mempengaruhi minda supaya menentang golongan-golongan kuffar melalui jalan perang atau dikenali ‘Jihad Qital’ secara maya tanpa melakukan pertemuan bersemuka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data primer adalah melalui kajian lapangan di penjara, temubual langsung dengan tahanan Daesh, pakar bidang, dan juga pegawai keselamatan yang bertugas membanteras ancaman Daesh di Malaysia. Data sekunder pula dikutip melalui kajian perpustakaan di beberapa pusat sumber universiti dan polis. Kajian ini memperlihatkan bagaimana individu-individu mudah terpengaruh dengan gerakan militan Daesh luar dan dalam negara dari dan dakyahdakyah yang menjadi penarik kepada mereka untuk melakukan siri-siri pengrekrutan, penghijrahan, bantuan dana, jihad dan menyebarkan fahamanfahaman yang tidak sahih untuk mengembangkan ideologinya sebagai tarikan utama menggunakan Daulah Islamiah.