Komuniti pembelajaran profesional (kpp) sebagai mediator kepada hubungan antara amalan syura dengan komitmen guru-guru di sekolah-sekolah menengah negeri Kelantan

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan dan melaksanakan program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mengamalkan kolaboratif dan kolektif demi meningkatkan komitmen guru di sekolah. Namun budaya pengasingan guru, kekurangan amalan kolaborasi dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noraziah, Ab Rahman
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10283/1/s903224_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10283/2/s903224_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan dan melaksanakan program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mengamalkan kolaboratif dan kolektif demi meningkatkan komitmen guru di sekolah. Namun budaya pengasingan guru, kekurangan amalan kolaborasi dan aktiviti pembelajaran bilik darjah yang masih tradisional serta karenah birokrasi telah mempengaruhi komitmen guru. Malahan terdapat juga faktor-faktor personel lain yang mempengaruhi seperti lewat hadir ke sekolah, guru culas dan mengelak daripada menerima tugasan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan di antara amalan syura dan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dengan komitmen guru di sekolah. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti Komuniti Pembelajaran Profesional(KPP) sebagai mediator yang mempengaruhi amalan syura terhadap hubungannya dengan komitmen guru. Kajian yang dijalankan ini ialah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui edaran instrumen soal selidik yang menggabungkan instrumen amalan syura yang dikembangkan oleh Ahmad Marzuki (2013), Soal selidik School Professional Staff as Learning Community Questionnaire (Hord, 1996) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) oleh Meyer & Allen, (2001). Seramai 450 guru yang dipilih secara rawak melibatkan 10 buah daerah di Kelantan melalui persampelan rawak berstrata tidak perkadaran. Data dianalisis menggunakan ujian-t, ujian ANOVA, korelasi Pearson dan analisis regressi. Terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan antara amalan syura, Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dengan komitmen guru. Begitu juga Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) bertindak sebagai mediator yang signifikan dalam mempengaruhi hubungan amalan syura terhadap peningkatan komitmen guru. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pemerkasaan amalan syura dan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) berupaya meningkatkan komitmen guru untuk menghasilkan kecemerlangan murid sebagaimana aspirasi PPPM 2013-2025.