Kesan faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran merupakan komponen utama dalam kepuasan kerja dan penting dalam memastikan pekerja sentiasa bekerja dengan prestasi tinggi dalam pekerjaan mereka. Pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi secara tidak langsung akan menyumbang kepada kece...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Jegan, Rajoo
格式: Thesis
语言:eng
eng
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://etd.uum.edu.my/10453/1/grant%20the%20permission_s826547.pdf
https://etd.uum.edu.my/10453/2/s826547_01.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran merupakan komponen utama dalam kepuasan kerja dan penting dalam memastikan pekerja sentiasa bekerja dengan prestasi tinggi dalam pekerjaan mereka. Pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi secara tidak langsung akan menyumbang kepada kecemerlangan diri dalam organisasi dan akan meningkatkan kepuasan kerja. Peranan penting seseorang pekerja tidak dapat dinafikan terutamanya dalam kalangan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melihat kepada peranan PDRM iaitu menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara dan rakyat, ini membuktikan organisasi ini amat memerlukan pekerja yang menjalankan tugas dengan amanah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran terhadap kepuasan kerja dalam kalangan anggota PDRM. Terdapat 3 pembolehubah tidak bersandar dipilih untuk kajian ini iaitu keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran. Kajian ini adalah kajian deskriptif dan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif, dengan soal selidik yang terdiri daripada skala Likert 5 mata sebagai instrumen kajian. Seramai 155 responden telah dipilih sebagai saiz sampel melalui kaedah persampelan bertujuan dalam kalangan anggota PDRM. Kemudian, semua data yang dikumpul telah disusun dan dianalisis menggunakan perisian SPSS yang merangkumi analisis deskriptif, analisis inferensi, korelasi dan analisis regrasi untuk menguji hipotesis. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor keadilan, sokongan penyelia dan ganjaran mempunyai korelasi yang positif dan kuat dengan kepuasan kerja. Analisis regrasi berbilang juga menunjukkan bahawa pembolehubah bebas dapat menjelaskan 52.6% daripada varians dalam kepuasan kerja dalam kalangan anggota PDRM. Ini bermakna kesemua pembolehubah ini mempengaruhi kepuasan kerja secara signifikan. Cadangan dan perbincangan masa depan juga telah dibincangkan untuk penambahbaikan pada masa hadapan oleh organisasi.