Pengaruh TPACK dan set minda pemikiran reka bentuk terhadap kompetensi pengajaran guru sains komputer.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi tonggak dalam perubahan pelaksanaan KSSM dengan menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 kepada pembaharuan kurikulum dalam mata pelajaran Sains Komputer. Justeru itu, kompetensi pengajaran guru amatlah penting bagi mencapai hasrat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Noh, Suhaila
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10467/1/permission%20to%20use-NOT%20ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/10467/2/s903457_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10467/3/s903457_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi tonggak dalam perubahan pelaksanaan KSSM dengan menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 kepada pembaharuan kurikulum dalam mata pelajaran Sains Komputer. Justeru itu, kompetensi pengajaran guru amatlah penting bagi mencapai hasrat tersebut. Selain itu, pengetahuan guru dalam teknologi (TPACK) dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk menjadi satu kepentingan dalam membina kompetensi pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains Komputer. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh antara Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Isi Kandungan dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk terhadap Kompetensi pengajaran guru Sains Komputer. Kajian kuantitatif ini melibatkan empat konstruk iaitu TPACK, Set Minda Pemikiran Reka Bentuk, Motivasi dan Kompetensi Pengajaran Guru Sains Komputer. Konstruk Motivasi diukur sebagai moderator dalam kajian ini.Kajian ini melibatkan 161 guru Sains Komputer di Negeri Kedah yang telah dipilih sebagai responden secara persampelan rawak. Soal selidik kajian ini diadaptasi dari pelbagai sumber dan mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.97. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis SEM melalui perisian SmartPLS 3. Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat 17 hipotesis yang signifikan dan menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap TPACK sederhana tinggi, manakala Set Minda Pemikiran Reka Bentuk dan Kompetensi Pengajaran Guru bagi Sains Komputer adalah tinggi. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Set Minda Pemikiran Reka Bentuk dengan Kompetensi Pengajaran Guru Sains Komputer, tetapi tidak signifikan bagi TPACK. Kajian ini menyumbang idea dan saranan dengan mencadangkan satu kerangka kurikulum untuk dijadikan rujukan dalam pengajaran guru-guru Sains Komputer. Kajian ini juga memberikan idea dan panduan untuk pengkaji masa hadapan untuk mengkaji TPACK dan Set Minda Pemikiran Reka Bentuk ke atas guru-guru STEM.