Hubungan persekitaran kerja dan beban kerja terhadap tekanan kerja dalam kalangan pegawai penguatkuasa semasa pandemik Covid-19

Tekanan Kerja di tempat kerja dalam kalangan pekerja merupakan salah satu isu penting yang perlu ditangani dan diberi perhatian oleh setiap pengurusan organisasi dan juga bagi penyelidik untuk memahami impaknya ke atas pekerja dan organisasi. Pada masa ini, tekanan kerja dalam kalangan pekerja adala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sadradin, Hairan
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10487/1/grant%20the%20permission-s826761.pdf
https://etd.uum.edu.my/10487/2/s826761_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10487/3/s826761_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tekanan Kerja di tempat kerja dalam kalangan pekerja merupakan salah satu isu penting yang perlu ditangani dan diberi perhatian oleh setiap pengurusan organisasi dan juga bagi penyelidik untuk memahami impaknya ke atas pekerja dan organisasi. Pada masa ini, tekanan kerja dalam kalangan pekerja adalah satu cabaran yang dihadapi oleh banyak organisasi yang sentiasa berusaha untuk mengatasinya. Oleh itu, untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik, kajian ini mengenal pasti hubungan beban kerja dan persekitaran kerja terhadap tekanan kerja. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh beban kerja dan persekitaran kerja terhadap tekanan kerja dalam kalangan pegawai penguatkuasa semasa pandemic COVID-19. Untuk tujuan pengumpulan data, kira-kira 170 set borang soal selidik telah diedarkan kepada pegawai penguatkuasa di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka yang melibatkan pelbagai gred jawatan dan latarbelakang. Kemudian, data dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS versi 26. Hasil keputusan diperolehi melalui analisis korelasi Pearson dan regresi menunjukkan bahawa beban kerja mempunyai hubungan positif terhadap tekanan kerja. Manakala persekitaran kerja mempunyai hubungan yang negatif terhadap tekanan kerja. Daripada penemuan ini dapat membantu menyediakan maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka mengenai tahap kesejahteraan pegawai.