Hubungan latihan, komunikasi dan pengetahuan keselamatan terhadap pematuhan keselamatan dalam kalangan kakitangan retail Tenaga Nasional Berhad Negeri Sembilan.

Isu keselamatan adalah masalah utama bagi organisasi atau industri di dunia. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat, masa, jawatan mahu pun jantina. Banyak organisasi atau industri yang terlibat dalam kemalangan pekerjaan memberi tumpuan dalam mengenalpasti persekitaran ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saudi, Kamal Rudzaman
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10543/1/depositpermission-not%20allow_s826618.pdf
https://etd.uum.edu.my/10543/2/s826618_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10543/3/s826618_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu keselamatan adalah masalah utama bagi organisasi atau industri di dunia. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat, masa, jawatan mahu pun jantina. Banyak organisasi atau industri yang terlibat dalam kemalangan pekerjaan memberi tumpuan dalam mengenalpasti persekitaran kerja, sikap pekerja, konflik antara keselamatan dan produktiviti dan kebimbangan pihak pengurusan tentang keselamatan. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk melihat samada terdapat hubungan antara latihan keselamatan, komunikasi keselamatan dan pengetahuan keselamatan terhadap pematuhan keselamatan dalam kalangan pekerja Retail Tenaga Nasional Berhad, Negeri Sembilan. 150 set soalan kajian telah diedarkan kepada pekerja yang terdiri dari mereka yang berurusan secara langsung dengan pelanggan. Sebanyak 121 set soalan kajian yang dikembalikan dan lengkap digunakan dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi dianalisa menggunakan SPSS versi 26. Hasil keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara latihan keselamatan, komunikasi keselamatan dan pengetahuan keselamatan terhadap pematuhan keselamatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan keselamatan, komunikasi keselamatan dan pengetahuan keselamatan menerangkan sebanyak 68.5% pengaruh terhadap pematuhan keselamatan. Manakala 31.5% lagi adalah pengaruh dari faktor-faktor lain yang tidak dimasukkan dalam kajian ini. Penemuan kajian ini membolehkan pihak Tenaga Nasional Berhad merangka dasar pematuhan keselamatan yang berhubungkait dengan latihan keselamatan, komunikasi keselamatan dan pengetahuan tentang keselamatan.