Hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja, dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja di Euroma Rubber Industries Sdn. Bhd

Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan di Euroma Rubber Industries. Kajian seperti ini dapat membantu organisasi untuk menambahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KK...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rasidi, Nor Hisammudin
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10762/1/permission%20to%20use-EMBARGO%20%2812%20months%29.pdf
https://etd.uum.edu.my/10762/2/s827945_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10762/3/s827945_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan di Euroma Rubber Industries. Kajian seperti ini dapat membantu organisasi untuk menambahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Borang soal selidik yang digunapakai telah diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan dijadikan skala likert. Seramai 142 responden yang merupakan populasi kajian ini telah menjawab borang soal selidik yang dijalankan secara bersemuka. Hasil analisis korelasi yang menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara semua pemboleh ubah. Komitmen pengurusan menunjukkan skor yang terendah dengan nilai r = 0.174. Manakala penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan pula masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi iaitu r = 0.696 dan r = 0.787. Teori Pertukaran Sosial digunakan dalam kajian ini. Organisasi harus mengambil kira komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan untuk meningkatkan prestasi keselamatan.