Hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja, dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja di Euroma Rubber Industries Sdn. Bhd

Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan di Euroma Rubber Industries. Kajian seperti ini dapat membantu organisasi untuk menambahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KK...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rasidi, Nor Hisammudin
格式: Thesis
語言:eng
eng
eng
出版: 2023
主題:
在線閱讀:https://etd.uum.edu.my/10762/1/permission%20to%20use-EMBARGO%20%2812%20months%29.pdf
https://etd.uum.edu.my/10762/2/s827945_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10762/3/s827945_02.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dengan prestasi keselamatan di Euroma Rubber Industries. Kajian seperti ini dapat membantu organisasi untuk menambahbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dan mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Borang soal selidik yang digunapakai telah diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan dijadikan skala likert. Seramai 142 responden yang merupakan populasi kajian ini telah menjawab borang soal selidik yang dijalankan secara bersemuka. Hasil analisis korelasi yang menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara semua pemboleh ubah. Komitmen pengurusan menunjukkan skor yang terendah dengan nilai r = 0.174. Manakala penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan pula masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi iaitu r = 0.696 dan r = 0.787. Teori Pertukaran Sosial digunakan dalam kajian ini. Organisasi harus mengambil kira komitmen pengurusan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan untuk meningkatkan prestasi keselamatan.