Tahap kesedaran risiko jangkitan hiv di kalangan penolong pegawai perubatan di klinik dalam daerah Kota Bharu

HIV merupakan singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus adalah sejenis virus yang boleh memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang seterusnya akan menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) Penyakit ini telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan global. Di Malaysia, masih lagi terdap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Daud, Nawawi
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10778/1/permission%20to%20use-ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/10778/2/s826627_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:HIV merupakan singkatan kepada Human Immunodeficiency Virus adalah sejenis virus yang boleh memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang seterusnya akan menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) Penyakit ini telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan global. Di Malaysia, masih lagi terdapat segelintir petugas kesihatan kurang pengetahuan dalam pengendalian kes penyakit HIV dan kurang kemahiran dari segi praktikal. Kajian ini melibatkan staf petugas kesihatan iaitu Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan faktor risiko jangkitan HIV dalam kalangan petugas kesihatan terutamanya Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan dalam Daerah Kota Bharu, Kelantan. Implikasi kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah memantapkan lagi kualiti pengurusan kes penyakit berjangkit HIV di Klinik Kesihatan. Selain itu, sebagai keprihatinan dan kesungguhan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam memastikan petugas kesihatan bekerja dalam situasi yang selamat. Hasil daripada kajian, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dapat merancang beberapa strategi bagi mengawal dan memastikan tiada risiko jangkitan berlaku di kalangan barisan hadapan ini. Usaha ini haruslah diteruskan serta diambil contoh kepada agensi lain dalam membantu KKM untuk mencapai sasaran Malaysia bebas jangkitan HIV menjelang tahun 2030.