Hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam industri perbankan di Malaysia

Kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam kalangan pekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Kajian dimulakan dengan kajian literatur untuk memahami perkaitan antara ganjaran dan kecerdasan emosi dengan niat meninggalkan organi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Sufian Sawari, Syahirah
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10801/1/permission%20to%20use-ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/10801/2/s822471_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi dalam kalangan pekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Kajian dimulakan dengan kajian literatur untuk memahami perkaitan antara ganjaran dan kecerdasan emosi dengan niat meninggalkan organisasi. Oleh itu, satu instrumen untuk mengukur perhubungan antara ganjaran, kecerdasan emosi dan niat meninggalkan organisasi ditentukan. Kajian kuantitatif ini menggunakan soalselidik untuk mengumpulkan data dari pekerja di Bank XYZ berdasarkan pensampelan rawak berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisa menggunakan statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi pelbagai melalui SPSS versi 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang negatif antara ganjaran dengan niat meninggalkan organisasi. Manakala terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dengan niat meninggalkan organisasi. Selain itu, analisis regresi pelbagai menunjukkan ganjaran dan kecerdasan emosi hanya sedikit mempengaruhi ke atas niat meninggalkan organisasi. Hasil kajian ini sangat penting kepada pengurusan di Bank XYZ kerana maklumat yang diperolehi dapat membantu menetapkan strategi yang bersesuaian untuk memastikan kadar hasrat untuk meninggalkan organisasi dalam kalangan pekerja adalah rendah yang mana dapat mengurangkan gangguan dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat perniagaan