Faktor-Faktor Hasrat Berhenti Kerja di Industri Perhotelan di Utara Semenanjung Malaysia: Impak Kepuasan Kerja dan Tekanan Kerja
Modal insan adalah sumber terpenting untuk kelangsungan sesebuah organisasi, terutamanya dalam pencapaian objektif dan kebolehsaingan. Hasrat untuk berhenti kerja adalah perancangan seseorang pekerja untuk meninggalkan pekerjaan mereka sekarang dalam masa terdekat dan digunakan sebagai salah satu in...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | eng eng eng |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/10979/1/depositpermission-99237.pdf https://etd.uum.edu.my/10979/2/s99237_01.pdf https://etd.uum.edu.my/10979/3/s99237_02.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modal insan adalah sumber terpenting untuk kelangsungan sesebuah organisasi, terutamanya dalam pencapaian objektif dan kebolehsaingan. Hasrat untuk berhenti kerja adalah perancangan seseorang pekerja untuk meninggalkan pekerjaan mereka sekarang dalam masa terdekat dan digunakan sebagai salah satu indikator untuk mengukur tahap pusing ganti sebenar dalam sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor hasrat untuk berhenti kerja dalam kalangan pekerja hotel. Antara faktor yang dikaji dalam penyelidikan ini adalah faktor organisasi (ganjaran, jaminan kerja, polisi dan prosedur keselamatan, sokongan rakan sekerja), faktor sosial (salah laku pelanggan) dan faktor individu (tekanan kerja dan kepuasan kerja). Selain itu, kajian ini merujuk kepada Teori Pertukaran Sosial dan Teori Keseimbangan Organisasi dan dilakukan dalam kalangan pekerja hotel yang beroperasi di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia iaitu (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak Utara). Kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik telah dipilih untuk diimplementasikan dalam kajian ini. Sebanyak 450 soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian. Hanya 350 soal selidik lengkap telah digunakan dalam prosedur analisis data. Kaedah Pemodelan Persamaan Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) telah digunakan dalam pengujian hipotesis. Hasil dapatan kajian menunjukkan jaminan kerja mempunyai hubungan signifikan dan negatif dengan hasrat untuk berhenti kerja, salah laku pelanggan mempunyai hubungan signifikan dan positif terhadap hasrat untuk berhenti kerja, ganjaran mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kepuasan kerja, sokongan rakan sekerja mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kepuasan kerja, manakala, tekanan kerja menyederhanakan sokongan rakan sekerja terhadap hasrat untuk berhenti kerja dan tekanan kerja menyederhanakan hubungan salah laku pelanggan terhadap hasrat untuk berhenti kerja dan mempunyai hubungan signifikan dan disokong. Manakala selebihnya tidak signifikan termasuklah peranan perantara. Walaupun terdapat beberapa limitasi di dalam kajian ini, namun, kajian ini tetap Berjaya dilaksanakan. Secara keseluruhan, semua pihak haruslah memahami kesan dan langkah yang bakal diambil oleh pihak pengurusan hotel serta mengembleng tenaga dalam membendung hasrat untuk berhenti kerja dan seterusnya dapat mengkaji faktor lain seperti kepimpinan, persekitaran tempat kerja yang dapat mengurangkan pusing ganti yang sebenar di kalangan pekerja hotel di Malaysia |
---|