Komitmen Organisasi Sebagai Mediator Terhadap Hubungan Gaya Kepimpinan Transformasional Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Di Negeri Kedah

Dalam era teknologi ini, institusi pendidikan menghadapi banyak cabaran untuk membaiki prestasi institusi-institusi melalui perlakuan kepimpinan yang berjaya. Pemimpin yang efektif memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat yang disasarkan untuk membaiki organisasi melalui proses menjadikan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sukuna Vathi, Vellasamy Veraya
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10993/1/depositpermission-s901481.pdf
https://etd.uum.edu.my/10993/2/s901481_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era teknologi ini, institusi pendidikan menghadapi banyak cabaran untuk membaiki prestasi institusi-institusi melalui perlakuan kepimpinan yang berjaya. Pemimpin yang efektif memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat yang disasarkan untuk membaiki organisasi melalui proses menjadikan orang bawahan komited dan puas dengan kerja mereka. Matlamat kajian kuantitatif ini adalah untuk mengkaji impak gaya kepimpinan transformasional para guru besar ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja para guru dan untuk mengenal pasti impak komitmen organisasi sebagai perantaraan bagi hubungan kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Kedah. Instrumen pengukuran yang digunakan dalam kajian ialah Soal Selidik Kepimpinan Pelbagai Faktor (MLQ Form 5X) yang dibangunkan oleh Bass & Avolio (2004), Kaji Selidik Model Tiga Komponen (TCM) bagi komitmen organisasi yang dibangunkan oleh Meyer & Allen (2004) dan Kaji Selidik Kepuasan Kerja yang dibangunkan oleh Spector (1997). Teknik persampelan rawak berstrata digunakan untuk mengumpulkan data daripada sejumlah 346 guru SJKT dalam bentuk kaji selidik. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Pakej Statistikal untuk Sains Sosial (SPSS) dan menggunakan teknik Pemodelan Persamaan Berstruktur bagi konstruk tahap tinggi untuk menguji hipotesis kajian dengan menggunakan perisian statistikal Smart PLS. Dapatan kajian mendapati gaya kepimpinan transformasional para guru besar mempunyai impak signifikan ke atas komitmen organisasi dan kepuasan kerja para guru serta komitmen organisasi mempunyai impak yang signifikan ke atas kepuasan kerja para guru. Hasil kajian membuktikan komitmen organisasi secara signifikannya menjadi perantara bagi hubungan antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja. Kajian ini juga membuktikan bukti empirikal bagi para pemimpin (guru besar) untuk meningkatkan sikap kepimpinan mereka agar lebih efisien dan memupuk hubungan yang sesuai dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi para guru.