Kajian Terhadap Kefahaman dan Amalan Sunnah Dalam Masyarakat Islam di Negeri Perlis

Aliran Sunnah Perlis merupakan landasan rasmi negeri yang telah termaktub dalam peruntukan Enakmen dan Undang-undang Tubuh Negeri Perlis. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kedudukan amalan masyarakat Islam di negeri Perlis, seterusnya meneliti usaha pelaksanaan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hairol Amali, Othman
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11008/1/depositpermission-s820655.pdf
https://etd.uum.edu.my/11008/2/s820655_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aliran Sunnah Perlis merupakan landasan rasmi negeri yang telah termaktub dalam peruntukan Enakmen dan Undang-undang Tubuh Negeri Perlis. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan kedudukan amalan masyarakat Islam di negeri Perlis, seterusnya meneliti usaha pelaksanaan yang sedia ada berkaitan pemantapan kefahaman dan amalan dan menganalisis data seterusnya membentuk usaha pelaksanaan baharu melalui beberapa bentuk pelaksanaan utama, yang perlu diambil bagi memantapkan aliran sunnah di negeri Perlis dari sudut aqidah dan ibadah. Sehubungan itu, maklum balas daripada 45 orang responden telah dikumpulkan data dengan mengunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Semua maklumat ini akan dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk jadual dan rajah yang sesuai. Hasil kajian berkaitan kefahaman menunjukkan bahawa majaroti responden berada di sekala sederhana iaitu pengurusan masjid 63%, imam masjid iaitu 70.6% dan makmum masjid iaitu 58.6%. Manakala dapatan kajian berkaitan amalam menunjukkan semua amalan responden berada pada sekala sederhana iaitu pengurusan masjid iaitu 75%, imam masjid iaitu 73% dan makmum 67.8%. Hasil penelitian bagi objektif kedua juga menjelaskan bahawa usaha pelaksanaan sedia ada telah memberikan manfaat kepada setiap bentuk pelaksanaan sedia ada dalam usaha pemantapan tahap kefahaman dan amalan masyarakat terhadap visi dan misi aliran sunnah di Perlis. Justeru itu, hasil daripada dapatan kajian berkaitan kefahaman dan amalan serta usaha pelaksanaan sedia ada telah dapat dikemukakan beberapa usaha pelaksanaan baharu melalui beberapa bentuk pelaksanaan utama dalam mengukuhkan kefahaman dan amalan aliran sunnah di Perlis, sekaligus menunjukkan bahawa kajian ini telah mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.