Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah

Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11064/1/depositpermission-s903544.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/2/s903544_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/3/s903544_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan politik dan kesannya ke atas profesionalisme dalam pengurusan serta khidmat pengguna di dalam Syarikat Air Darul Aman (SADA) di negeri Kedah. Kajian ini melibatkan analisis kes tunggal yang menggunakan kedua-dua metodologi kualitatif dan kuantitatif. Ia merangkumi lima kaedah penyiasatan iaitu penyelidikan perpustakaan, tinjauan ke atas 200 pelanggan SADA yang dipilih secara rawak, analisis dokumen, penyertaan pemerhatian aktif, dan temu bual bersemuka. Temu bual melibatkan 22 informan, terdiri daripada 14 pegawai kanan SADA dan lapan ahli politik Kedah. Dapatan kajian merumuskan campur tangan politik dalam pengurusan SADA berpunca dari beberapa sebab. Pertama, penguasaan monopoli ahli politik di dalam rangka ke struktur organisasi SADA mempunyai implikasi yang mendalam. Hubungan yang erat antara ahli politik dan pengurusan atasan mempengaruhi pembuatan and perlaksanaan dasar dan operasi harian syarikat. Kuasa luas yang dimiliki oleh pihak pengurusan tertinggi hasil naungan politik turut membuka ruang untuk salah laku. Campur tangan politik turut berlaku apabila ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen bukan sahaja menyuarakan kebimbangan pengundi berkaitan isu bekalan air terawat, tetapi juga berusaha mendapatkan sokongan orang ramai dengan mempolitikkan pengurusan bekalan air itu. Penyelidikan ini mengambil kira kepentingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai usaha pihak pengurusan untuk memastikan pengurusan bekalan air yang cekap dan mapan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan pendekatan sinergi multidimensi, merangkumi penerokaan sumber air mentah, penggunaan air kitar semula, penstrukturan semula hierarki pentadbiran, pengukuhan langkah keselamatan air, strategi pengedaran yang sistematik, dan penyampaian perkhidmatan pengguna yang berkesan. Hasil kajian menyediakan kerangka model untuk mengubah SADA menjadi entiti profesional yang mementingkan pengguna dengan mengurangkan atau meminggirkan pengaruh politik. Rangka kerja ini berfungsi sebagai rujukan dan inisiatif strategik masa hadapan dengan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, pengurusan tertinggi yang berwibawa, menyediakan autonomi dalam rancangan perniagaan, penetapan kadar tarif yang mencerminkan realiti semasa, mengawal aspek kewangan, modal operasi dan memberikan kebebasan untuk menetapkan dasar.