Analisis Kemudahancaman Dalam Kalangan Pekebun Kecil Getah Di Kedah, Malaysia

Perubahan musim merupakan salah satu faktor utama kemudahancaman yang berkait rapat dengan aktiviti penorehan getah di Malaysia khususnya di negeri Kedah. Perubahan suhu dan taburan hujan yang melampau merupakan antara punca kepada pengeluaran dan harga getah yang tidak menentu. Hal ini secara tidak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hikmah, Zulhaid
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11153/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11153/2/s93817_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubahan musim merupakan salah satu faktor utama kemudahancaman yang berkait rapat dengan aktiviti penorehan getah di Malaysia khususnya di negeri Kedah. Perubahan suhu dan taburan hujan yang melampau merupakan antara punca kepada pengeluaran dan harga getah yang tidak menentu. Hal ini secara tidak langsung Memberi kesan negatif kepada kehidupan pekebun kecil getah khususnya peningkatan tahap kemudahancaman. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengkaji konteks kemudahancaman yang dihadapi oleh pekebun kecil getah di negeri Kedah akibat daripada faktor kepelbagaian cuaca. Tinjauan bersemuka terhadap 381 pekebun kecil Getah di empat buah daerah di negeri Kedah telah dijalankan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Penggunaan Indeks kemudahancaman kehidupan (LVI) yang berteraskan tiga dimensi utama Intergovernmental Panel Climate Change (IPCC) iaitu pendedahan, sensitiviti dan kapasiti adaptif digunakan bagi menganalisis tahap kemudahancaman pekebun kecil getah. Dapatan kajian menunjukkan pekebun kecil di Daerah Pendang lebih mudah terancam disebabkan tahap pendedahan kepada kepelbagaian cuaca yang lebih tinggi berbanding daerah-daerah lain. Kebanyakan pekebun kecil memilih untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi sama ada aktiviti pertanian mahupun bukan pertanian sebagai strategi meminimakan kesan emudahancaman, di samping meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Faktor seperti tanggungan ahli keluarga, tempoh pengalaman, jumlah pendapatan, amalan teknologi, saiz tanah, bantuan luar dan jantina sangat mempengaruhi pekebun kecil getah dalam memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Selain itu, strategi sampingan dan aset fizikal merupakan antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup pekebun kecil getah. Oleh yang demikian, polisi kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah seharusnya memfokus kepada faktorfaktor yang mempengaruhi keadaan kemudahancaman kehidupan mereka. Pengenalan dan penyampaian teknologi penanaman dan penorehan getah perlu mengambilkira keperluan dan kemampuan pekebun kecil bagi menjamin kelestarian jangka panjang. Selain itu, penambahbaikan dalam aset kewangan melalui skim tabung pinjaman pekebun kecil juga mampu menggalakkan mereka mengamalkan teknologi penanaman moden yang boleh membantu untuk meminimakan kesan pendedahan terhadap keadaan kemudahancaman.