Kerelevanan parti berasaskan kaum kepada pengundi muda : Kajian kes di Dun N.16 Kubang Rotan dalam Pru 14

Kajian ini dijalankan bagi menilai kerelevanan parti berasaskan perkauman di kalangan pengundi muda masa kini di DUN N.16 Kubang Rotan. Ia bagi mendapatkan luahansebenar isi hati pengundi muda dan menilai faktor yang menjadi punca kekalahan parti berasaskan kaum di kawasan kajian semasa Pilihanraya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Norwira, Wan Hamzah
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11174/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11174/2/s828198_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menilai kerelevanan parti berasaskan perkauman di kalangan pengundi muda masa kini di DUN N.16 Kubang Rotan. Ia bagi mendapatkan luahansebenar isi hati pengundi muda dan menilai faktor yang menjadi punca kekalahan parti berasaskan kaum di kawasan kajian semasa Pilihanraya Umum Ke-14, serta impak pengundi muda yang membawa kepada keputusan tersebut. Objektif kajian ini ialah menilai tahap kepuasan hati pengundi muda masa kini terhadap sistem politik terutamanya keberkesanan parti berasaskan perkauman dalam membela nasib pengundi muda. Turut dirungkai faktor mempengaruhi sosialisasi politik pengundi muda yang membawa kepada keputusan luar jangka semasa Pilihanraya Umum Ke-14. Kajian turut menilai kehendak pengundi muda terhadap parti politik atau calon yang bakal mewakili mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain demi masa depan mereka. Kajian secara kualitatif ini melibatkan pengumpulan data primer dan sekunder melalui pemerhatian lapangan, temubual ke atas 15 orang responden, pembacaan hasil kajian lampau, sumber perpustakaan dan sumber internet. Dapatan kajian berjaya merungkai faktor yang dinilai pengundi muda semasa pilihanraya, kerelevanan parti berasaskan kaum melalui perspektif pengundi muda, faktor yangmempengaruhi sosialisasi politik pengu ndi muda selain turut merungkai kehendak dan harapan pengundi muda. Hasil dari dapatan kajian, dicadangkan agar beberapa Tindakan perlu diambil untuk mengimbangi permasalahan dan isu yang timbul. Antara yang dicadangkan adalah supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merangka silibus khas memfokus kepada asas pengenalan politik di peringkat sekolah menengah dan supaya kerajaan menggariskan akta khas berkaitan larangan menggunakan isu yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama sebagai modal manipulasi politik. Sementara itu, untuk kajian akan datang pula disarankan bakal penyelidik memfokus kepada kesan penurunan had umur mengundi dari 21 kepada 18 tahun berdasarkan Keputusan Pilihanraya Umum Ke-15. Dapat disimpulkan, hasil kajian memperlihatkan bahawa parti berasaskan kaum akan semakin tidak relevan jika tidak membuat perubahan yang signifikan dalam menentukan survival politik mereka. Selain itu, institusi politik harus memberi keutamaan yang sewajarnya terhadap harapan dan kehendak pengundi muda terutama berkaitan keperluan masa depan mereka dan turut dapat dilihat sosialisasi politik pengundi muda berevolusi dengan drastik manakala sentimen perkauman semakin terhakis dalam suasana politik moden.