Pengaruh pembudayaan komuniti pembelajaran profesional dan amalan kolaboratif terhadap kuantiti pengajaran pembelajaran dalam kalangan guru pemimpin pertengahan

Pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang berkualiti dapat membangunkan potensi murid secara holistik. Selari dengan naratif baharu amalan pendidikan Malaysia, Kualiti pdp guru dapat ditingkatkan melalui pembudayaan komuniti pembelajaran Profesional (PLC) dan amalan kolaboratif. Namun begitu, kajian la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asma, Saad
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11178/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11178/2/904108_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang berkualiti dapat membangunkan potensi murid secara holistik. Selari dengan naratif baharu amalan pendidikan Malaysia, Kualiti pdp guru dapat ditingkatkan melalui pembudayaan komuniti pembelajaran Profesional (PLC) dan amalan kolaboratif. Namun begitu, kajian lalu menunjukkan kekaburan konsep PLC dan lemahnya amalan kolaboratif menyebabkan pdp guru hambar dan membosankan. Dalam konteks kajian ini, peranan guru pemimpin Pertengahan (MLT) diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pdp guru melalui pembudayaan PLC dan amalan kolaboratif. Kaedah campuran selari Konvergen telah digunakan. Pengumpulan data dijalankan melalui dua fasa. Fasa Pertama melibatkan 333 orang MLT yang menjawab soal selidik dalam talian, diikutifFasa kedua melibatkan enam orang MLT melalui temu bual dan analisis kandungan dokumen penulisan refleksi pengajaran. Data kualitatif yang diperoleh dianalisis secara induktif bagi menyokong dapatan kajian kuantitatif. Dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa pembudayaan PLC dan amalan kolaboratif mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap kualiti pdp. dapatan kualitatif pula telah menjelaskan bahawa amalan kolaboratif dan pembudayaan PLC sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan kualiti pdp. Refleksi pengajaran dapat dijadikan input kepada pelaksanaan PLC. Walau bagaimanapun, masih terdapat isu dan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh MLT supaya amalan kolaboratif dan pembudayaan PLC dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hasil kajian ini merupakan bukti empirikal berkaitan PLC dan amalan kolaboratif dalam kalangan MLT yang memberi pengaruh secara langsung terhadap kualiti pdp guru. Oleh itu, dapatan kajian boleh dijadikan asas kepada penyelarasan semula tugas dan peranan MLT di sekolah. Perubahan tugas MLT membolehkan bimbingan dilaksanakan dalam mengupayakan kualiti pdp guru seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan sekolah.