Kesan modul tingkah laku kognitig intergrasi islam (TKII ) dan pengajaran spiritual terhadap kepuasan perkahwinan wanita bermadu

Cabaran dalam poligami bagi wanita adalah dalam menangani perasaan negatif yang menjejaskan kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual mereka yang terlibat. Berdasarkan Tingkah Laku Kognitif integrasi Islam, perasaan ini mungkin timbul hasil daripada corak pemikiran yang dibentuk oleh norm...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurhikmah, Mubarak Ali
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11188/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11188/2/s94283_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11188/3/s94283_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cabaran dalam poligami bagi wanita adalah dalam menangani perasaan negatif yang menjejaskan kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual mereka yang terlibat. Berdasarkan Tingkah Laku Kognitif integrasi Islam, perasaan ini mungkin timbul hasil daripada corak pemikiran yang dibentuk oleh norma masyarakat dan didikan keluarga. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan bagi aspek kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual dengan mengaplikasikan Modul Tingkah laku Kognitif Integrasi Islam (TKII) menerusi pendekatan eksperimen kuasi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan selang masa dan interaksi bagi pembolehubah yang dikaji. Seramai 30 orang wanita bermadu telah dipilih secara teknik persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Responden telah dibahagikan kepada kelompok rawatan TKII, kelompok pengajaran spiritual dan kelompok kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi aspek spiritual untuk kelompok Modul TKII, namun tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek pemikiran sihat dan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kesan sela masa pula menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara sela masa ujian pra dan pasca bagi pemikiran sihat dan spiritual. Namun, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara sela masa ujian pra dengan ujian pasca bagi kepuasan perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini telah menunjukkan kedua-dua pendekatan ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan baharu dalam bidang Kaunseling Islam. Modul TKII ini dapat membantu pengamal dalam kaunseling keluarga bagi menjalankan intervensi terhadap klien.