Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam

Matlamat utama kajian ini adalah untuk memeriksa sama ada Amanah Saham Islam (ASI) sebagai institusi pelaburan yang berteraskan kepada prinsip Syariah mengambil kira nilai-nilai Islam syarikat dalam membuat keputusan pelaburan. Kajian ini memberi tumpuan kepada nilai-nilai Islam syarikat yang dapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Azlan, Yahya
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/1269/2/MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf
https://etd.uum.edu.my/1269/3/1.MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-uum-etd.1269
record_format uketd_dc
institution Universiti Utara Malaysia
collection UUM ETD
language eng
eng
topic HF5001-6182 Business
spellingShingle HF5001-6182 Business
Mohd. Azlan, Yahya
Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
description Matlamat utama kajian ini adalah untuk memeriksa sama ada Amanah Saham Islam (ASI) sebagai institusi pelaburan yang berteraskan kepada prinsip Syariah mengambil kira nilai-nilai Islam syarikat dalam membuat keputusan pelaburan. Kajian ini memberi tumpuan kepada nilai-nilai Islam syarikat yang dapat dikenal pasti melalui laporan korporat. Hasil daripada kajian terhadap literatur yang berkaitan dengan kewangan, ekonomi, dan perundangan Islam, kajian ini telah membangunkan enam aspek nilai Islam syarikat yang boleh didapati daripada laporan korporat iaitu aktiviti, tanggungjawab sosial, tadbir urus korporat, pembiayaan modal, pengurusan aset tunai, dan tahap spekulasi. Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan, kajian ini menggunakan pendekatan berasaskan kepada gelagat (behavioral based research) untuk memeriksa sama ada nilai-nilai Islam tersebut penting atau tidak kepada ASI untuk membuat keputusan pelaburan. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah yang berasingan tetapi masih dalam rangka kerja yang sama dan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kaedah pertama adalah melalui temuduga terhadap 13 eksekutif ASI untuk memeriksa persepsi mereka terhadap kepentingan nilai-nilai Islam syarikat bagi membuat keputusan pelaburan. Kaedah kedua melalui pemeriksaan terhadap laporan tahunan bagi 194 syarikat yang dilabur dan tidak dilabur oleh ASI. Ia adalah bertujuan untuk memeriksa tindakan sebenar ASI terhadap nilai-nilai Islam syarikat dalam membuat keputusan pelaburan. Hasil temuduga terhadap eksekutif ASI menunjukkan bahawa maklumat perakaunan dalam laporan korporat sangat penting kepada mereka untuk menilai syarikat dan seterusnya membuat keputusan pelaburan. Bagi nilai-nilai Islam syarikat, hasil temuduga juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kesemua enam aspek nilai Islam syarikat penting kepada mereka tetapi tahap kepentingan bagi satu nilai dengan nilai yang lain berbeza. Hasil temuduga juga mendapati bahawa laporan korporat perlu mendedahkan maklumat secara terperinci terutamanya yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam syarikat. Hasil pemeriksaan terhadap laporan korporat dengan menggunakan analisis regresi logistik mendapati bahawa enam daripada sembilan nilai-nilai Islam syarikat yang dibina berdasarkan kepada teori ekonomi Islam mempunyai hubungan seperti yang dijangkakan dengan keputusan pelaburan. Nilai-nilai tersebut ialah aktiviti bercampur, pendedahan aktiviti sosial, pengarah bebas, pengarah keluarga, pengarah Muslim, dan aras hutang. Keenam-enam nilai ini juga menunjukkan keputusan yang konsisten apabila pelbagai analisis tambahan dijalankan. Secara keseluruhannya, tiada perbezaan yang ketara antara persepsi eksekutif ASI dan tindakan sebenar ASI terhadap kepentingan nilai-nilai Islam syarikat bagi tujuan membuat keputusan pelaburan. Hasil kajian ini dapat memberi beberapa implikasi penting terhadap perkembangan ilmu, pembuat dasar, pelabur Islam, dan juga pengurusan syarikat. Bagi perkembangan ilmu, kajian ini membuktikan bahawa rangka kerja Islam sesuai digunakan bagi mengkaji gelagat ‘manusia ekonomi Islam’ membuat keputusan ekonomi seperti yang dianjurkan oleh sistem ekonomi Islam. Hasil kajian ini juga memberi mesej kepada pembuat dasar dan pengurusan syarikat supaya mengambil kira kepentingan pelabur Islam melalui penambahbaikan kepada rangka kerja pelaporan yang sedia ada. Bagi pengurusan syarikat, hasil kajian memberi mesej bahawa syarikat yang mengamalkan nilai-nilai Islam akan mendapat insentif melalui pemilikan saham oleh ASI dalam syarikat mereka. Akhir sekali, kajian ini juga dapat memberikan nilai tambah kepada pelabur Islam dengan menbangunkan satu set nilai-nilai Islam syarikat yang boleh didapati daripada laporan tahunan korporat untuk dijadikan panduan pelaburan ekuiti seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
format Thesis
qualification_name Ph.D.
qualification_level Doctorate
author Mohd. Azlan, Yahya
author_facet Mohd. Azlan, Yahya
author_sort Mohd. Azlan, Yahya
title Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
title_short Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
title_full Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
title_fullStr Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
title_full_unstemmed Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam
title_sort kepentingan nilai-nilai islam syarikat terhadap keputusan pelaburan oleh amanah saham islam
granting_institution Universiti Utara Malaysia
granting_department Sekolah Siswazah
publishDate 2005
url https://etd.uum.edu.my/1269/2/MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf
https://etd.uum.edu.my/1269/3/1.MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf
_version_ 1747827109837930496
spelling my-uum-etd.12692013-07-24T12:11:12Z Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat terhadap Keputusan Pelaburan oleh Amanah Saham Islam 2005 Mohd. Azlan, Yahya Sekolah Siswazah Graduate School HF5001-6182 Business Matlamat utama kajian ini adalah untuk memeriksa sama ada Amanah Saham Islam (ASI) sebagai institusi pelaburan yang berteraskan kepada prinsip Syariah mengambil kira nilai-nilai Islam syarikat dalam membuat keputusan pelaburan. Kajian ini memberi tumpuan kepada nilai-nilai Islam syarikat yang dapat dikenal pasti melalui laporan korporat. Hasil daripada kajian terhadap literatur yang berkaitan dengan kewangan, ekonomi, dan perundangan Islam, kajian ini telah membangunkan enam aspek nilai Islam syarikat yang boleh didapati daripada laporan korporat iaitu aktiviti, tanggungjawab sosial, tadbir urus korporat, pembiayaan modal, pengurusan aset tunai, dan tahap spekulasi. Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan, kajian ini menggunakan pendekatan berasaskan kepada gelagat (behavioral based research) untuk memeriksa sama ada nilai-nilai Islam tersebut penting atau tidak kepada ASI untuk membuat keputusan pelaburan. Kajian ini telah menggunakan dua kaedah yang berasingan tetapi masih dalam rangka kerja yang sama dan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kaedah pertama adalah melalui temuduga terhadap 13 eksekutif ASI untuk memeriksa persepsi mereka terhadap kepentingan nilai-nilai Islam syarikat bagi membuat keputusan pelaburan. Kaedah kedua melalui pemeriksaan terhadap laporan tahunan bagi 194 syarikat yang dilabur dan tidak dilabur oleh ASI. Ia adalah bertujuan untuk memeriksa tindakan sebenar ASI terhadap nilai-nilai Islam syarikat dalam membuat keputusan pelaburan. Hasil temuduga terhadap eksekutif ASI menunjukkan bahawa maklumat perakaunan dalam laporan korporat sangat penting kepada mereka untuk menilai syarikat dan seterusnya membuat keputusan pelaburan. Bagi nilai-nilai Islam syarikat, hasil temuduga juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kesemua enam aspek nilai Islam syarikat penting kepada mereka tetapi tahap kepentingan bagi satu nilai dengan nilai yang lain berbeza. Hasil temuduga juga mendapati bahawa laporan korporat perlu mendedahkan maklumat secara terperinci terutamanya yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam syarikat. Hasil pemeriksaan terhadap laporan korporat dengan menggunakan analisis regresi logistik mendapati bahawa enam daripada sembilan nilai-nilai Islam syarikat yang dibina berdasarkan kepada teori ekonomi Islam mempunyai hubungan seperti yang dijangkakan dengan keputusan pelaburan. Nilai-nilai tersebut ialah aktiviti bercampur, pendedahan aktiviti sosial, pengarah bebas, pengarah keluarga, pengarah Muslim, dan aras hutang. Keenam-enam nilai ini juga menunjukkan keputusan yang konsisten apabila pelbagai analisis tambahan dijalankan. Secara keseluruhannya, tiada perbezaan yang ketara antara persepsi eksekutif ASI dan tindakan sebenar ASI terhadap kepentingan nilai-nilai Islam syarikat bagi tujuan membuat keputusan pelaburan. Hasil kajian ini dapat memberi beberapa implikasi penting terhadap perkembangan ilmu, pembuat dasar, pelabur Islam, dan juga pengurusan syarikat. Bagi perkembangan ilmu, kajian ini membuktikan bahawa rangka kerja Islam sesuai digunakan bagi mengkaji gelagat ‘manusia ekonomi Islam’ membuat keputusan ekonomi seperti yang dianjurkan oleh sistem ekonomi Islam. Hasil kajian ini juga memberi mesej kepada pembuat dasar dan pengurusan syarikat supaya mengambil kira kepentingan pelabur Islam melalui penambahbaikan kepada rangka kerja pelaporan yang sedia ada. Bagi pengurusan syarikat, hasil kajian memberi mesej bahawa syarikat yang mengamalkan nilai-nilai Islam akan mendapat insentif melalui pemilikan saham oleh ASI dalam syarikat mereka. Akhir sekali, kajian ini juga dapat memberikan nilai tambah kepada pelabur Islam dengan menbangunkan satu set nilai-nilai Islam syarikat yang boleh didapati daripada laporan tahunan korporat untuk dijadikan panduan pelaburan ekuiti seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. 2005 Thesis https://etd.uum.edu.my/1269/ https://etd.uum.edu.my/1269/2/MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf application/pdf eng validuser https://etd.uum.edu.my/1269/3/1.MOHD._AZLAN_B._YAHYA.pdf application/pdf eng public Ph.D. doctoral Universiti Utara Malaysia