Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sikap Kakitangan Terhadap Perubahan Organisasi: Satu Kajian ke Atas Polis Diraja Malaysia

Kajian ini bertujuan ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap perubahan organisasi. Kajian ini secara empirikal berusaha untuk mencari suatu jawapan yang lebih tepat dan konkrit mengenai hubungan di antara enam pembolehubah bebas i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Ghazali, Che Awang
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/2656/1/Che_Ghazali_Che_Awang.pdf
https://etd.uum.edu.my/2656/2/1.Che_Ghazali_Che_Awang.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap perubahan organisasi. Kajian ini secara empirikal berusaha untuk mencari suatu jawapan yang lebih tepat dan konkrit mengenai hubungan di antara enam pembolehubah bebas iaitu kepantasan penerimaan, kesediaan perubahan organisasi, komitmen dalam organisasi, kepercayaan kepada pengurusan, komunikasi dalam organisasi dan latihan dalam organisasi yang mempengaruhi sikap pegawai terhadap perubahan organisasi di dalam PDRM. Kajian-kajian terdahulu banyak menumpukan kepada aspek makro ke arah perubahan organisasi dan hanya segelintir pengkaji yang menumpukan aspek mikro iaitu sikap individu yang dapat menjayakan program ke arah perubahan organisasi. Kepentingan faktor kemanusiaan dalam program perubahan telah pun terbukti, dan ini kerana perubahan organisasi adalah mengubah sikap individu dan tingkahlaku berikutan perubahan objektif. Dalam usaha untuk mengetahui signifikannya perhubungan-perhubungan tersebut, kajian ini telah menggunakan pendekatan kajian empirikal dengan menjalankan kajian sod selidik terhadap sikap pegawai polis di Malaysia. Penyelidikan secara empirik telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan melalui pos dan maklumat daripada 412 responden yang terdiri dari pegawai PDRM telah diperolehi. Keputusan dari kajian ini mendapati terdapat lima pembolehubah iaitu kepantasan penerimaan, kesediaan untuk perubahan, kepercayaan kepada pengurusan, komunikasi dalam organisasi dan latihan dalam organisasi adalah secara signifikan mempengaruhi sikap pegawai terhadap perubahan organisasi. Implikasi kajian ini mendapati yang faktor latihan dan komunikasi dalam organisasi adalah satu usaha untuk menghalang sikap negatif pegawai manakala implikasi teoritikal telah menyumbang kepada penyelidikan empirik tentang perhubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pegawai terhadap perubahan organisasi, Dengan itu penyelidikan ini telah menyokong penuh terhadap faktor-faktor pembolehubah mikro yang signifikan positif terhadap sikap pegawai PDRM terhadap perubahan organisasi. Cadangan bagi kajian akan datang adalah dengan menggunakan pendekatan makro-mikro dan mengaplikasikan lapan faktor-faktor pembolehubah bebas dan menggunakan faktor penyederhana (mediator) iaitu kepuasan kerja yang akan menghasilkan kepuasan kerja individu ditempat kerja seterusnya dapat membawa kepada perubahan organisasi.