Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kajian terhadap faktor-faktor kejayaan dan cabaran bagi usahawan wanita Melayu di daerah Seberang Perai Pulau Pinang

Kaj ian bertajuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS): Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kejayaan Dan Cabaran Bagi Usahawan Wanita Melayu di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dianggap penting kerana kajian ini akan mengkaji instrumen-insmen yang telah menyumbang kepada kejayaan dan juga cabaran yang t...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Faten Syazwanie, Mohamad Darus
格式: Thesis
語言:eng
eng
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://etd.uum.edu.my/4728/1/s811812.pdf
https://etd.uum.edu.my/4728/2/s811812_abstract.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kaj ian bertajuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS): Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kejayaan Dan Cabaran Bagi Usahawan Wanita Melayu di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dianggap penting kerana kajian ini akan mengkaji instrumen-insmen yang telah menyumbang kepada kejayaan dan juga cabaran yang terpaksa dihadapi oleh usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Sepertimana yang kita semua tahu, PKS merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah banyak memberi penumpuan terhadap bidang ini. Oleh sebab pembabitan lebih ramai rakyat dalam bidang keusahawanan, maka tidak mustahil jika matlamat negara untuk mencapai pendapatan perkapita yang tinggi menjelang 2020 mampu dicapai. Menjelang alaf ke-21 ini, peranan wanita dalam bidang ekonomi semakin meningkat dari semasa ke semasa Golongan ini juga berperanan penting dalam memacu pembangunan ekonomi di negara kita. Oleh itu, hasil kajian ini akan meneliti adakah faktor taraf pendidikan, faktor individu, faktor persekitaran dan juga peranan agensi yang menjadi faktor penentu kepada kejayaan usahawan wanita Melayu PKS di Daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Selain itu juga kajian ini akan meneliti cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan ini dalam usaha membangunkan perniagaan mereka.