Kepimpinan pengajaran dan komitmen guru besar ke atas prestasi akademik pelajar di sekolah-sekolah Tamil Negeri Kedah Darul Aman

Pembangunan pendidikan menerusi kecemerlangan akademik adalah kunci penting kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan keperluan modal insan yang diperlukan oleh negara kita menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai pembangunan pendidikan yang berteraskan kecemerlangan ini pastinya ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sangaran, Genesan
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/4760/1/s86941.pdf
https://etd.uum.edu.my/4760/2/s86941_abstract.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan pendidikan menerusi kecemerlangan akademik adalah kunci penting kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan keperluan modal insan yang diperlukan oleh negara kita menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai pembangunan pendidikan yang berteraskan kecemerlangan ini pastinya kepimpinan guru besar menjadi fokus utama. Sehubungan itu peranan mereka sebagai penentu paling utama kejayaan di sesebuah sekolah dilihat daripada kepimpinan pengajaran mereka. Pencapaian akademik pelajar terutama dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan sering mendapat perhatian umum dan selalu dikaitkan dengan kepimpinan guru besar di sesebuah sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan guru besar antara sekolah rendah berkesan dan sekolah rendah yang tidak berkesan di sekolah-sekolah Tamil di Negeri Kedah Darul Aman mengikut pandangan guru-guru. Keberkesanan kepimpinan pengajaran guru besar di Sekolah-sekolah Tamil di Negeri Kedah Darul Aman dilihat berdasarkan peranan mereka dalam kawalan mutu pengajaran dan pembelajaran., keberkesanan sumber pengajaran serta keterlibatan guru besar dalam mengendalikan program perkembangan staf dan komitmen guru besar sama ada wujud perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dijalankan ini melibatkan dua jenis kategori sekolah, iaitu 10 buah sekolah rendah berkesan dan 10 buah sekolah rendah tidak bekesan. Sejumiah 260 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang telah dipilih secara rawak bebas daripada kedua-dua kategori sekolah tersebut. Alat ukur untuk melihat sejauh mana terdapat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengajaran guru besar dengan keberkesanan sekolah ialah "Principal Instructional Management Rating Scale" yang direka bentuk oleh Hallinger dan Murphy (1985). Alat ukur ini dibina hasil daripada kajian mereka terhadap tingkah laku kepimpinan pengajaran guru besar. Tujuan kajian tersebut ialah untuk menggambarkan tingkah laku kepimpinan pengajaran guru besar sekolah. Manakala alat ukur komitmen kerja guru yang mengandungi 17 item diperolehi daripada Mohd Sahardi yang menggunakan alat ukur ini dalam kajiannya iaitu "Perbandingan Pola Komitmen Kerja Guru Pelatih Dengan Pola Pengajaran Dalam Praktikum". Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, korelasi koefisien, 'bivariate linear regression' dan 'multiple regression'. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan guru besar selalu memainkan peranan kepimpinan pengajaran dalam dimensi kawalan untuk pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan sumber pengajaran dan mengendalikan program perkembangan staf, tetapi agak kurang dari segi membuat pencerapan pengajaran guru di bilik darjah, menggalakkan penggunaan pusat sumber sekolah. Di samping itu, berdasarkan analisis kolerasi dan regresi menunjukkan bahawa terdapat perhubungan signifikan yang positif antara dimensi kepimpinan dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga menunjukkan keempat-empat pembolehubah bebas dalam kepimpinan pengajaran guru besar telah mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan daripada hasil kajian ini dicadangkan supaya guru besar perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kepimpinan pengajaran. Mereka juga hendaklah memberikan tumpuan terhadap 'core business' sebagai pemimpin pengajaran dengan mengurangkan tugas-tugas rutin pengurusan dan pentadbiran bagi melahirkan sekolah yang efektif.