Gaya kepimpinan pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru

Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru secara keseluruhan. Kajian ini juga turut memperlihatkan empat gaya yang terdapat dalam kepimpinan pentadbir sekolah iaitu gaya mengarah, gaya menyokong, gaya bersama...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zulkarnain, Zakaria
格式: Thesis
語言:eng
eng
出版: 2010
主題:
在線閱讀:https://etd.uum.edu.my/4818/1/s89713.pdf
https://etd.uum.edu.my/4818/2/s89713_abstract.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir sekolah dengan kepuasan kerja guru secara keseluruhan. Kajian ini juga turut memperlihatkan empat gaya yang terdapat dalam kepimpinan pentadbir sekolah iaitu gaya mengarah, gaya menyokong, gaya bersama/ partisipatif dan gaya berorientasikan kejayaan serta kaitannya dengan kepuasan kerja guru. Kepuasan kerja ini dilihat dalam aspek kepuasan dalaman (intrinsik) dan kepuasan luaran (ektrinsik). Kajian ini melibatkan seramai 56 orang guru di dua buah sekolah di Sungai Petani Kedah. Kajian ini juga turut menyediakan satu set soalan kaji selidik dimana terdapat 5 soalan berkenaan data personal iaitu jantina, bangsa, taraf pendidikan, umur dan tempoh perkhidmatan. Set soal selidik ini merangkumi 25 soalan berkaitan gaya kepimpinan dan 18 soalan berkaitan tahap kepuasan kerja. Data-data yang diperoleh ini dianalisa menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan lazim) dan statistik inferensi (ujian ANOVA sehala, korelasi Pearson dan Regresi). Pada akhir kajian ini, menemukan hasil yang agak positif di mana menunjukkan pentadbir sekolah mengamalkan gaya kepimpinan pada tahap sederhana. Sementara tahap kepuasan kerja guru juga pada tahap yang sederhana dan menghampiri tahap tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi guru berdasarkan pengalaman dan tahap umur guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan positif di antara kepuasan kerja guru dan gaya kepimpinan pentadbir sekolah secara keseluruhan