Faktor mempengaruhi gelagat ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport di Malaysia: Peranan rasuah sebagai pembolehubah perantara

Walaupun pelbagai program telah dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan pungutan cukai import, namun bukti statistik masih menunjukkan peningkatan ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport. Dengan bertambahnya ketidakpatuhan cukai, hasil cukai yang dipungut adalah l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mazlan, Wan Mat
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/5369/1/s91370.pdf
https://etd.uum.edu.my/5369/2/s91370_abstract.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun pelbagai program telah dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan pungutan cukai import, namun bukti statistik masih menunjukkan peningkatan ketidakpatuhan cukai di kalangan pengimport. Dengan bertambahnya ketidakpatuhan cukai, hasil cukai yang dipungut adalah lebih rendah daripada cukai sebenar. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada ketidakpatuhan cukai, tetapi sebahagian besar kajian terdahulu tidak memberi penerangan yang jelas mengapa pengimport melakukan ketidakpatuhan cukai. Sehingga kini, kajian yang membincangkan aspek ketidakpatuhan cukai import di Malaysia sukar ditemui. Oleh itu, kajian ini merupakan langkah pertama untuk menyiasat faktor-faktor penentu yang mempengaruhi ketidakpatuhan cukai import di Malaysia. Dalam usaha untuk menentukan faktor yang berkaitan, kajian ini menggunakan model kendiri kewangan sebagai asas kajian. Beberapa pembolehubah berkaitan dengan sosiologi dan psikologi turut diambil kira. Objektif pertama kajian adalah untuk menentukan pengaruh pengetahuan cukai, kerumitan sistem cukai, agen penghantaran, undang-undang cukai, penguatkuasaan, dan rasuah terhadap ketidakpatuhan cukai. Objektif kedua pula adalah untuk menentukan peranan perantara rasuah terhadap faktor-faktor di atas dalam mempengaruhi ketidakpatuhan cukai import. Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, data kajian dipungut melalui soal selidik terhadap 151 responden terpilih yang terbukti melakukan ketidakpatuhan cukai import. Keputusan ujian regresi berganda menunjukkan model yang diuji mempunyai padanan yang sesuai apabila 65% varian (R-Square) ketidakpatuhan cukai dapat dijelaskan oleh pembolehubah bebas. Ini menunjukkan model yang digunakan dalam kajian ini adalah sesuai dan dapat meramalkan ketidakpatuhan cukai import. Kajian ini mendapati bahawa pembolehubah bebas iaitu pengetahuan cukai, agen penghantaran, undang-undang cukai, penguatkuasaan, dan rasuah menjadi penentu penting ketidakpatuhan cukai import. Kajian ini juga mendapati rasuah memberi kesan perantara penuh terhadap undang-undang cukai dan memberi kesan perantara separa terhadap agen penghantaran dan penguatkuasaan dalam hubungan terhadap ketidakpatuhan cukai. Hasil kajian ini menyediakan maklumat berguna kepada JKDM bagi membangunkan strategi untuk meningkatkan kepatuhan sukarela pada masa akan datang. Di samping itu, kajian ini juga menyumbang kepada literatur mengenai ketidakpatuhan cukai dengan menguji kesesuaian model kendiri kewangan dan rasuah sebagai pembolehubah dalam konteks cukai tidak langsung.