Hubungan Antara Kepuasan Gaji dengan Pandangan Gaji Berasaskan Prestasi, Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja : Kajian di Kalangan Kakitangan Sokongan di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan di Ibupejabat Jabatan-Jabatan di Bawahnya

Kajian ini bertujuan untuk menilai pandangan anggota sektor awam mengenai penentuan gaji berasaskan prestasi dan hubungannya dengan kepuasan gaji. Seterusnya tinjauan juga dibuat untuk melihat hubungan dan kesan pandangan tersebut kepada kepuasan kerja dan prestasi. Tahap kepuasan gaji, kepuasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Rahim, Muhd. Zain
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 1994
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/591/1/ABD._RAHIM_BIN_MUHD_ZAIN.pdf
https://etd.uum.edu.my/591/2/ABD._RAHIM_MUHD_ZAIN_94.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pandangan anggota sektor awam mengenai penentuan gaji berasaskan prestasi dan hubungannya dengan kepuasan gaji. Seterusnya tinjauan juga dibuat untuk melihat hubungan dan kesan pandangan tersebut kepada kepuasan kerja dan prestasi. Tahap kepuasan gaji, kepuasan kerja dan prestasi kerja juga diberi perhatian dalam kajian ini. Seramai 151 orang anggota sektor awam dalam Kumpulan Sokongan di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan di Ibu pejabat Jabatan-jabatan di bawahnya terlibat dalam kajian awal ini. Kepuasan gaji dinilai dari empat aspek iaitu kepuasan peringkat gaji, kepuasan faedah-faedah gaji, kepuasan kenaikan gaji dan kepuasan terhadap struktur dan pentadbiran gaji. Keputusan ujian menunjukkan kepuasan gaji berada di tahap rendah, pandangan yang positif dicatatkan bagi gaji berasaskan prestasi, kepuasan kerja di tahap sederhana dan prestasi di tahap yang tinggi. Hubungan antara kepuasan gaji dengan pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi dan kepuasan kerja adalah positif. Prestasi kerja tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan gaji, tetapi mencatatkan hubungan yang positif dengan pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi. Faktor demografi pula tidak menyumbang secara signifikan kepada kepuasan gaji, namun sebahagian daripadanya menyumbang kepada pandangan terhadap gaji berasaskan pretasi. Ini bermakna sumbangan tidak langsung dari prestasi dan sebahagian faktor demografi kepada kepuasan gaji melalui pandangan terhadap gaji berasaskan prestasi. Keseluruhan kajian ini menjelaskan bahawa tahap pemahaman dan pandangan anggota sektor awam mengenai Sistem Saraan Baru adalah penting dalam menentukan kepuasan mereka terhadap gaji.