Orientasi Pemasaran di dalam Organisasi Kerajaan yang Menuju ke Arah Pengswastaan: Kajian ke Atas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Konsep pemasaran adalah merupakan tulang belakang kepada teori dan amalan pemasaran. Di sektor swasta, konsep ini telah diterima sebagai salah satu faktor penting yang mempengaruhi dayasaing dan prestasi sesebuah syarikat. Di sektor Kerajaan pula, konsep ini kurang mendapat sambutan disebabkan oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Halim, Yaakub
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 1994
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/597/1/ABDUL_HALIM_BIN_YAAKUB.pdf
https://etd.uum.edu.my/597/2/ABDUL_HALIM_YAAKUB_1994.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep pemasaran adalah merupakan tulang belakang kepada teori dan amalan pemasaran. Di sektor swasta, konsep ini telah diterima sebagai salah satu faktor penting yang mempengaruhi dayasaing dan prestasi sesebuah syarikat. Di sektor Kerajaan pula, konsep ini kurang mendapat sambutan disebabkan oleh salah faham pihak pengurusan dan kakitangan secara keseluruhannya. Kajian orientasi pemasaran ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap orientasi pemasaran di organisasi Kerajaan yang sedang menuju ke arah pengswastaan, dan perhubungannya dengan faktor dayasaing, faktor strategik dan faktor organisasi (struktur). Sampel kajian ini terdiri dari 135 orang kakitangan kumpulan sokongan dan 49 orang kakitangan kumpulan pengurusan dari 11 buah pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri-Negeri di semenanjung Malaysia. Data-data dipungut melalui pos menggunakan dua set borang soalselidik. Sebanyak 10 hipotesis telah dibangunkan untuk kajian ini. Analisa regrasi telah digunakan untuk menguji semua hipotesis tersebut. Daripada ujian statistik, penemuan kajian ini menunjukkan hanya 3 hipotesis sahaja yang mempunyai perhubungan yang bererti (diterima) iaitu mengenai angkubah komitmen kakitangan terhadap organisasi, tahap pengambilan risiko dan tahap tunjuk ajar oleh pengurusan atasan. Manakala 6 hipotesis yang tidak mempunyai perhubungan yang bererti (ditolak) ialah mengenai angkubah kepuasan kerja kakitangan, tahap “optimization”, tahap “organicity”, saiz organisasi (pejabat), sistem kawalan dan sistem maklumat organisasi dan tahap latihan mengenai pemasaran. Hasil kajian ini juga menunjukkan tahap orientasi pemasaran di JPPH adalah pada tahap yang rendah. Penemuan ini juga telah dibincangkan dengan penemuan daripada kajian-kajian yang lepas.