Cultural sensitivity framework for maternal health messages among stakeholders in North Central Nigeria

Pengaruh budaya terhadap kepercayaan serta amalan kesihatan individu dan masyarakat telah menarik perhatian global yang berterusan berhubung budaya dan komunikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, kajian yang menjelaskan aspek budaya dan hubungannya dengan komunikasi kesihatan ibu hamil, dari perspekti...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Omoloso, Aisha Imam
格式: Thesis
语言:eng
eng
eng
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://etd.uum.edu.my/8432/1/s95929_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/8432/2/s95929_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/8432/3/s95929%20references.docx
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pengaruh budaya terhadap kepercayaan serta amalan kesihatan individu dan masyarakat telah menarik perhatian global yang berterusan berhubung budaya dan komunikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, kajian yang menjelaskan aspek budaya dan hubungannya dengan komunikasi kesihatan ibu hamil, dari perspektif pelbagai kategori sosial wanita di Nigeria adalah agak terhad. Kajian ini meneroka pengalaman kesihatan perinatal wanita, nenek/golongan berumur dan pakar kesihatan ibu di utara tengah Nigeria dalam konteks kebudayaan dan komunikasi kesihatan. Dengan matlamat untuk memahami bagaimana mesej kesihatan berkepekaan budaya dapat digubal dalam mempromosi kesihatan ibu, temubual fenomenologi mendalam dilaksanakan terhadap 30 wanita perinatal, sembilan orang tua/nenek dan sembilan pakar kesihatan ibu dari empat kumpulan etnik di kawasan kajian. Dengan menggunakan kaedah fenomenologi deskriptif terhadap data yang analisis, tiga penemuan utama telah muncul. Dapatan pertama menunjukkan bahawa pengalaman promosi kesihatan ibu dan budaya peserta terbentuk melalui tiga tema utama; konsepsualisasi budaya, pemahaman kesihatan ibu dan persepsi mengenai mesej/interaksi kesihatan ibu. Dapatan kedua mencerminkan pemahaman peserta mengenai kepekaan budaya dalam promosi kesihatan ibu dengan tiga tema teras; budaya khalayak sasaran, kesesuaian budaya dalam penciptaan serta penyebaran mesej, dan strategi penyesuaian mesej berbudaya. Penemuan ketiga menyorot unsurunsur penting budaya dalam promosi kesihatan ibu menerusi tiga tema teras; penonjolan kepentingan kepercayaan/pantang-larang, nilai-nilai utama, dan normanorma/ tradisi yang penting. Penemuan kajian ini menyumbang kepada pemantapan pengetahuan dan teori sedia ada mengenai kepekaan budaya dengan memberikan pandangan tentang promosi kesihatan ibu dari perspektif bukan barat. Secara khususnya, sebuah model komunikasi kesihatan ibu berkepekaan budaya telah dikemukakan. Di samping itu, dapatan kajian menyediakan input bersesuaian untuk dijadikan panduan kepada dasar kerajaan yang mensasarkan peningkatan kesihatan ibu dari perspektif kepekaan budaya.