Faktor-faktor penentu kecekapan pentadbiran percukaian di Malaysia

Cukai merupakan salah satu sumber pendapatan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor penentu kepada kecekapan pentadbiran percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dari perspektif pegawai cukai yang berkhidmat di LHDNM seluruh Johor. Kajian ini mempunyai lima (5) pemboleh uba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sariman, Siti Nooremy
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9444/1/s821427_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9444/2/s821427_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/9444/3/s821427_references.docx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cukai merupakan salah satu sumber pendapatan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor penentu kepada kecekapan pentadbiran percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dari perspektif pegawai cukai yang berkhidmat di LHDNM seluruh Johor. Kajian ini mempunyai lima (5) pemboleh ubah yang bersandar iaitu corak kepimpinan, pengurusan risiko, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), latihan dan motivasi. Data dikumpul melalui soal selidik dalam bentuk google form yang diedarkan kepada pegawai cukai seluruh Johor melalui aplikasi WhatsApp. 65.51% daripada 287 orang pegawai telah menjawab kaji selidik ini. Perisian Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 22 telah digunakan untuk menganalisa data terkumpul. Analisia kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah yang tidak bersandar (corak kepimpinan, pengurusan risiko, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), latihan dan motivasi) mempunyai hubungan signifikan dan positif dengan pemboleh ubah bersandar (kecekapan pentadbiran percukaian) di LHDNM.