Transformasi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia dari tahun 1981 sehingga 2018

Setiap negara mempunyai dasar dan undang-undang yang tersendiri dalam mentadbir urus imigran, terutamanya penggajian pekerja asing. Di Malaysia, pelaksanaan dasar penggajian pekerja asing pada awalnya bersifat jangka pendek bertujuan bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa industri. Walau baga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurina Awanis, Mohamed
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9451/1/s902094_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9451/2/s902094_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap negara mempunyai dasar dan undang-undang yang tersendiri dalam mentadbir urus imigran, terutamanya penggajian pekerja asing. Di Malaysia, pelaksanaan dasar penggajian pekerja asing pada awalnya bersifat jangka pendek bertujuan bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa industri. Walau bagaimanapun, dasar ini masih terus dilaksanakan sehingga ke hari ini disebabkan oleh beberapa factor yang mempengaruhinya. Oleh demikian, penyelidikan ini dijalankan bertujuan bagi menganalisis faktor yang mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing dari tahun 1981 sehingga 2018. Selain itu, penyelidikan ini dilakukan bagi mengenal pasti transformasi pentadbiran dasar pekerja asing melibatkan tiga era pentadbiran, iaitu Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Akhir sekali, penyelidikan ini mencadangkan beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu yang wujud dalam pentadbiran dasar pekerja asing. Bagi mencapai tiga objektif kajian berkenaan, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam melibatkan seramai 17 orang informan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia. Faktor pertama ialah faktor individu yang terdiri daripada golongan elit dan birokrat yang mempunyai pengaruh dalam pentadbiran dasar manakala kumpulan berkepentingan hanya berpengaruh secara sektoral sahaja. Faktor kedua ialah faktor yang wujud dalam negara merangkumi amalan system demokrasi, fenomena semasa; dan percanggahan dasar yang berlaku dalam kementerian telah mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing sepanjang tahun 1981 sehingga 2018. Faktor ketiga ialah faktor sistem antarabangsa, iaitu hubungan diplomatik yang erat antara negara pengimport dan pengeksport; krisis kewangan dunia; dan kewujudan rangkaian sosial telah mempengaruhi pentadbiran dasar negara. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor berkenaan bukan sahaja mempengaruhi pentadbiran dasar pekerja asing di Malaysia malah faktor tersebut mewujudkan jurang dasar yang menjadi punca kegagalan pelaksanaan dasar.