Keberkesanan pengurusan program ladang merdeka dalam meningkatkan hasil pengeluaran padi dan pendapatan bersih peserta di Kelantan

Program Ladang Merdeka bermaksud memerdekakan tanah pertanian terbiar atau tidak ekonomik ke dalam satu sistem pertanian bersistematik yang diuruskan oleh sebuah organisasi. Masalah yang berlaku adalah tentang keberkesanan pengurusan sehingga menimbulkan isu pendapatan bersih dan tuaian hasil secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Alwi, Che Ahmad
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9475/1/s825692_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9475/2/s825692_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/9475/3/tidak%20membenarkan%20mendeposit_0001.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Ladang Merdeka bermaksud memerdekakan tanah pertanian terbiar atau tidak ekonomik ke dalam satu sistem pertanian bersistematik yang diuruskan oleh sebuah organisasi. Masalah yang berlaku adalah tentang keberkesanan pengurusan sehingga menimbulkan isu pendapatan bersih dan tuaian hasil secara tidak konsisten pada setiap musim tanaman. Objektif kajian adalah: pertama, mengenal pasti tahap keberkesanan pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam Program Ladang Merdeka menurut kakitangannya; kedua, mengkaji tahap keberkesanan pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam Program Ladang Merdeka menurut pesertanya; ketiga, mengukur perbezaan keupayaan pengurusan secara berkesan Program Ladang Merdeka oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu; dan keempat, menilai perbezaan keupayaan pengurusan secara berkesan oleh para peserta Program Ladang Merdeka. Kajian ini dijalankan di 16 lokasi Program Ladang Merdeka di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Kelantan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan ANOVA sehala untuk merungkai objektif kajian. Kajian mendapati pendapatan bersih dan purata tuaian hasil peserta yang tidak konsisten adalah didorong oleh perbezaan cara diri kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dalam mengaplikasikan kaedah pengurusan berkesan, terutamanya oleh peserta Program Ladang Merdeka. Mereka kurang mempunyai satu cara kerja berkeupayaan tinggi bagi pematuhan kepada matlamat organisasi, peraturan dan prosedur kerja, kepimpinan organisasi, keilmuan, budaya kerja dan penilaian tahunan. Ini adalah jelas apabila tahap keupayaan pengurusan berkesan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu adalah pada tahap sederhana dengan nilai min setinggi 3.56, kecuali struktur organisasi sahaja yang berada pada tahap baik dengan min bernilai 3.67. Bagi tahap keupayaan pengurusan berkesan oleh peserta Program Ladang Merdeka pula nilai min bagi semua aspek adalah setinggi 3.30 iaitu pada tahap sederhana. Sementara itu, perbezaan keupayaan pengurusan berkesan Program Ladang Merdeka oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu hanya dalam konteks jantina, status perkahwinan, pandangan kakitangan dan keterlibatan kakitangan. Justeru, sebaiknya kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan peserta Program Ladang Merdeka meningkatkan keupayaan diri dalam segala aspek berkaitan konstruk keberkesanan pengurusan.